Skim cepat kaya yang mula-mula saya dengar dalam hidup saya adalah 'Pak Man Tv '. Nama ini bukan nama sebenar, kerana bulan ramadhan ini saya tidak mahu menyentuh perasaan sesiapa yang masih hidup atau yang telah mati.
Man adalah seorang pemuda lepasan pusat latihan belia Dusun Tua, Selangor. Masa itu tidak seperti sekarang, kerajaan serius untuk melatih golongan muda supaya mahir dalam satu-satu bidang. Di Dusun tua, semua kursus ada. Man memilih kursus membaiki Radio TV. Selepas dua tahun Man balik kekampung dengan bekal dalam otak penuh fius,wayar dan valve radio dan tv.
Sampai dikampung, waktu petang ramai orang melepak dikedai kopi gempar nampak Man balik. Dua tahun tidak jumpa, Man panggil yang ada dikedai minum tea tarik sambil bercerita dua tahun hidup macam askar diDusun tua. Sekarang ramai orang sudah tahu Man boleh repair radio, player dan tv. Pada waktu itu tidak ada orang repair tv dikampung itu. Jika rosak, semua pakat hantar baiki di Alor Star, 30 minit dari kampung Man dengan motorsikal.
Berapa hari setelah Man pulang kekampung, Pak Alang hantar sebiji tv kerumah Man minta dibaiki, sudah seminggu rosak. Man terus ambil sepana dan buka. Man nampak satu wayar lucut. Man diam, kemudian dia periksa tempat lain. Tidak ada kerosakan lain kecuali wayar yang lucut itu. Perlahan Man sambung balik. Tv dipasang. Fushs gambar itu dia, cerah!. Pak Alang terus campak RM 100 pada Man, Man bilang " issshk Pak Alang banyak sangat ni". Pak Alang kata ambil lah, kalau dia bawa repair pada cina di Alor Star paling tidak RM 200. Semua orang cakap begitu.
Man sudah ada RM 100 untuk modal beli alat ganti tv atau radio yang rosak jika ada orang hantar lagi. Pak Alang goreng rata, puji Man cekap repair tv. Disurau, kedai kopi dan dimana sahaja dia dapat berbual dengan kawan-kawannya dia akan cerita.
Dua hari selepas Pak Alang, Budin pula hantar tv sebelah pagi dan sebelah tengah hari Cek Lah juga hantar tv rosak kerumah Man. Man balik dari Alor Star, Ibunya beri tahu ada dua biji Tv orang hantar untuk dibaiki. Selepas makan Man terus buka dua-dua sekali cover belakang tv tersebut. Dua-dua tv itu jenis sony. Barang yang rosak tidak sama. Man ambil barang dari tv Cek Lah sebagai alat ganti tv Budin. Tv Budin pulih seperti sedia kala. Bila siap Man hantar rumah Budin dengan motorsikal dan kenakan bayaran repair tv itu RM 120. Budin senyum membayar. Murah. Kalau Alor Star cina akan minta paling kurang RM 250. Dia sudah tanya. Budin pula goreng rata, Man repair tv bagus, cekap, cepat dan murah.

Tv cek lah belum dibaiki.... bersambung...
No comments:
Post a Comment