Thursday 2 September 2010

SALAM PERJUANGAN - TERIMA KASIH TAN SRI MUSA HASSAN


Sekian lama keselamatan terlindung dibawah pasukan yang diketuai Tan Sri Musa Hassan agak sukar untuk membuang imej kepolisannya bagi seluruh warga negara. Terasa juga sayu dihati tetapi lumrah alam tiada sesiapa pun kekal abadi.

Sesungguhnya Jasa Tan Sri Musa tetap besar dalam memelihara keaman negara. Kita boleh hidup rukun damai kerana ada pihak yang memelihara kedamaian kita. Terus terang dikatakan bahawa rakyat merasakan kehilangan  seorang yang berjasa besar kerana Tan Sri Melangkah kaki untuk bersara.

Walau pun banyak dugaan, berbagai halangan namun ketabahan menghadapinya dapat juga Tan Sri Sampai kepenghujungnya. Imej Tan Sri tetap bersinar dalam pemikiran rakyat dan sukar di lupakan.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jasa-jasa Tan Sri memelihara kesejahteraan negara sepanjang perkhidmatan. Tan Sri adalah seorang negarawan. Semoga Tan Sri aman dan dipanjangkan usia dalam masa bersara ini.
SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT
JALAN SEORANG NEGARAWAN

Tuesday 31 August 2010

MESEJ KEMERDEKAAN


Merdeka. Datang tidak bergolek. Ia usaha nekad tergabung nenek moyang kita. Tukarannya fikiran, keringat, perasaan, wang ringgit, emas perak, harta benda hatta nyawa. Bila merdeka setiap hari ada irihati, dan cemburu serta tidak senang pada kemerdekaan kita itu.

Merdeka, kita bebas dari telunjuk koloni. Kita tentu hala kemana kita. Bebas tapi terkompas. Kita bebas dari komunisma dan sosialisma. Kita pilih demokrasi dan dagang bebas. Tetapi sosialisma dan komunisma tetap hidup dari sebahagian jiwa dinegara ini. Pengkhianat tetap berbenih sepanjang zaman.

Kita pilih liberal yang diatur (terpimpin) terbentuk dasar terpimpin agar masyarakat dapat diatur jika tidak sama ia tidak berjurang dalam. Kita terus menyusun kehidupan agar sekata  tetapi asakkan idealisma 'survival of the fittest' berkumandang.

Kita angkat kesucian agama, bila pegangan agama semakin kuat dan suci kekotoran dan pengkhianatan menapak dibelakang. Tempat suci jadi tidak suci. Tempat dihormati dengan penuh adab dijadikan pasar undi.

Bangsa yang berjaya menguruskan kemerdekaan dikatakan rasis, sempit, zalim, kejam, rasuah, penyeleweng, kafir, dan toghut. Itulah hadiah sebuah kemerdekaan. Bila bangsa yang berjuang menegakkan sebuah negara bangsa hingga berjaya maka disumpah seranah, tiada lagi budi maka Tuhan akan tarik balik kemakmuran yang kita kecapi selama ini. 'Budi itu cahaya' dan Tuhan suka kepada manusia menabur budi.

BUMI DIPIJAK LANGIT DIJUNJUNG- MALAYSIA TANAH AIRKU




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE53. CINTAILAH NEGARA KITA. SAYANGILAH TANAH TEMPAT TUMPAH DARAH KITA. SAMA-SAMALAH KITA MEMELIHARA BUMI BERTUAH INI. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!