Tuesday 9 November 2010

TARIK BALIK 110 LESEN BAS PENGAJARAN KEPADA USHAWAN ANGKUTAN



Kerajaan bertindak tegas menarik balik 110 lesen angkutan bas awam dari dua syarikat Kuala Lumpur -Malacca Express dan Taipan Suria sebagai satu pengajaran kepada semua perusahaan tersangkut supaya lebih bertanggung jawab serta tidak sibuk mengejar keuntungan semata-mata.

Selagi pihak berkuasa tidak bertindak demikian, syarikat angkutan bas tidak berusaha dan berfikir tentang keselamatan nyawa pelanggan, harta benda mereka serta nyawa kakitangan mereka sendiri.

Kerajaan harus tegas dan tidak melayan sebarang rayuan lagi. Habis, rugilah mereka. Lorr.. tahu tidak apa !. Bukan sahaja rugi malah ditutup terus. Bas yang dimiliki dilelong. Buat apa bas letak banyak-banyak dekat rumah.

Boleh juga, buat reban pelihara kambing !. Issh.. kamu ini, kambing tidak suka tidur dalam bas. Panas !. Pekerja syarikat itu bagaimana? Apa lagi menganggurlah sementara cari kerja lain.

Beratus-ratus pekerja terpaksa hilang pekerjaan. Harus diingat bahawa masyarakat yang hilang nyawa kaum keluarga dan sanak saudara serta mereka yang cacat anggota, patah riuk  atas kecederaan lagi menderita dan bersedih.

Sebenarnya tiada siapa yang untung , Pihak berkuasa juga mengalami kerugian hasil lesen, cukai dan berbagai lagi. Namun demikian Dasar kerajaan rakyat didahulukan sepatutnya menyerap dalam apa jua sektor swasta.

Kita kena anggap antara pekerja, syarikat dan pelanggan itu adalah saudara mara, kaum keluraga atau jiran terdekat kita dalam bisnes. Setiap apa yang berlaku akan menyusahkan kita juga. Jika itu amalan perkhidmatan sudah tentu sama-sama memelihara harta dan nyawa.

Rakyat Malaysia pasti merasa lega dengan tindakan keras itu. Oleh itu sayrikat yang masih beroperasi jangan leka dan cuai dalam sebarang urusan yang berkaitan.