Satu lagi penyakit masyarakat kita adalah ingn cepat kaya. ia berada dimana-mana tidak kira apa status sosial. Jika boleh kerja hanya sedikit atau labur hanya sedikit tuk..tuk jadi kaya. Itu sebab ramai jadi kaki ekor, beli loteri, jadi broker, puja harta karun dan masuk skim cepat kaya.
Fikiran ini bahaya kerana orang tua-tua sudah adakan perumpamaan "tidak kaya- kayak". Apa kayak itu?. Kayak itu maksudnya 'hampalah'.Ada lagi selalu orang sebut 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Lagi ? emm seperti 'anjing dengan bayang'. Ok faham.
Sebenarnya tidak ada jalan singkat untuk jadi kaya. Ada orang dari usia muda berusaha sampai tua tidak juga berjaya. Ada orang dari muda berusaha bila tua berjaya jadi kaya tetapi pada ketika itu kekayaan tidak berguna lagi kerana penuh dengan penyakit. Kekayaan digunakan hanya untuk belanja perubatan.
Ada orang jadi kaya tetapi tidak dihormati orang lain kerana kekayaannya datang dari sumber yang tidak sah. Apa sahaja boleh jadi duit tidak kira hak orang lain dia sapu. Jadi, cita-cita berjaya tapi hidup jadi kera sumbang. Kena hukum alam.
Ada orang jadi kaya tiba-tiba tuhan ambil nyawanya, anak isteri berbalah berebut harta pusaka sampai hilang tali persaudaraan. Ada yang merajuk langsung tidak mengaku keluarga. Ada juga saya pernah lihat anak orang kaya sanggup derhaka pada ibu bila bapanya meninggal kerana ingin bolot harta pusaka.
Ada orang jadi kaya, tidak sedar diri jadi kaki semua maksiat tiba-tiba takdir tuhan jatuh miskin, oleh kerana kejatuhan sekelip mata maka amat sukar untuk percaya bahawa hidupnya jadi susah. Tidak dapat menyesuaikan diri lebih seksa dari susah sebelumnya. Ramai juga yang begini.
Ada orang bila ada kuasa halalkan semua cara untuk kumpul harta kekayaan dengan jalan singkat, rasuah, salah guna kuasa dan menyeleweng untuk kepentingan peribadi. Tapi bila cukup kaya tiba-tiba duduk dalam penjara, harta dibekukan. Satu sen tidak guna.
Namun tetap ramai jadi kaya dalam keberkatan kerana usahanya yang berbaloi, suka membantu masyarakat, tidak bakhil, menggunakan harta pada jalan yang tuhan redha. Keluarganya aman, berjaya dan sangat dihormati oleh masyarakat. Kekayaan seumpama inilah kita mahukan.
Untuk jadi kaya, kena ingat bahawa disamping kekayaan sebagai amanah tuhan ada pekej lain yang kita tidak terfikir mengiringi kekayaan tersebut. Pekej itu seperti apa yang sebahagian saya sebut diatas.
Untuk jadi kaya tidak semudah pasang pelita. Memusingkan kapal yang besar tidak sama memalingkan perahu yang kecil. Kapal besar silap pusing terlanggar kapal lain jadi roboh. Silap-silap terbakar.
Umat islam harus berusaha untuk jadi kaya jika mahu islam dihormati dan diteladani. Bagaimana pun jalan untuk kita jadi kaya itu harus jelas dan jika kita jadi kaya harus tahu menguruskan kekayaan itu.
1 comment:
Tertarik info Tuan --Ada orang berusaha dari muda ,dah tua baru kaya,tapi tak guna dah sebab kekayaan hanya untuk mengubati penyakit...Takpa lah juga atas berkat usaha jadi kaya bila tua,kalau tak lagi teruk sakit nak diubati tak berduit -sekurang-kurangnya tak susahkan orang lain atau kekayaan tu mungkin boleh diwariskan kepada anak cucu atau dijadikan sedekah untuk bekalan diakhirat...
Post a Comment