Sunday 17 October 2010

PAHANG BARAT- SEGMEN ‘ORANG KAMPUNG’

                            MB Pertama datang dari Pahang Barat

POPULASI desa berdasarkan lanskap Pahang Barat sukar dikelaskan dalam petak mana mereka berada. Menyebabkan mereka sukar dibantu atau ditingkatkan taraf hidupnya. Kerajaan telah memangsakan penduduk negara ini berdasarkan latarbelakang pekerjaan mereka.

Ia boleh jadi anggota perkhidmatan awam, swasta atau GLC, peniaga( banyak kategori), peneroka, petani padi, dan nelayan. Tetapi ‘orang kampung’ sukar untuk dikelaskan kerana ada berbagai ragam jalan kehidupan dan pekerjaan.

Mereka ini bercampur-campur antara pekebun kecil getah, sawit, penternak, buruh kasar, penanam sayur, petani kontan, bertukang, peniaga kecil, penghutan ( mencari gaharu dan hasil-hasil hutan) dan berbagai-bagai lagi. Boleh dikatakan seorang dewasa melakukan lebih dari dua atau tiga pekerjaan.

Seorang penternak ikan air tawar, dia juga penternak lembu dan penoreh getah. Seorang penoreh getah dia juga penanam sayur,pisang dan buah-buahan serta berladang sawit. Seorang buruh kasar, dia juga pemandu lori, menorah getah, bertukang dan berniaga hasil kampung pada waktu pasar malam. Oleh itu apabila disebut ‘orang kampung’ ia tiada mempunyai pekerjaan tetap dan lebih dari satu atau dua kerja.

Sebilangan mereka dibantu oleh kerajaan melalui hasil ladang kontrak seperti saham Felcra, mini estet dan sebagainya. Tetapi agihannya sangat terhad kerana tanah semakin berkurangan. Dalam jangka panjang ia tidak praktikal kepada jenerasi baru. Memandangkan keadaan mereka amat kompleks Kementerian Luar Bandar harus mendefinisi dan menetapkan apa kelas mereka kedalam satu pekej yang bernama khusus supaya ada pengenalannya.

Kehidupan rakyat bergantung kepada hasil pertanian dan ternakan. Pendapatan terasnya sebilangan besar masih lagi sawit dan getah. Agak berbeza dengan Cameron Highland petani lebih khusus kepada satu jenis ia itu pertanian berbagai jenis sayur-sayuran atau terkenal sebagai ‘penanam sayur’.

Permintaan kepada sayur meningkat dan berbaloi, guna tanah untuk tanaman sayur semakin meluas mendatangkan kesan terhadap sektor pelancungan kerana kepanasan meningkat. Cameron Highland tidak sesejuk dan senyaman ;lampau kebelakangan ini kerana hutan-hutan dipugar tidak terkawal. Jika tidak dikawal dengan ketat, industri pelancungan akan merosot langsung jatuh.

Bandar-bandar kecil seperti Raub, Lipis, Bentong, dan Jerantut serta Cameron Highland adalah pusat pengumpulan hasil untuk dipasarkan. Sebahagian penduduk adalah dari anggota perkhidmatan awam, peniaga dan peniaga kecil. Kuasa beli agak endah, kerana kurang golongan berpendapatan tinggi melainkan serdahana rendah.

Permintaan terhadap perumahan agak serdahana, namun demikian banyak rumah-rumah dibina tidak pernah cukup dan tiada lambakan dalam pasaran.

DiPahang Barat terdapat tiga lokasi pelancungan yang dikenali dunia iaitu di Genting Highland, Cameron Highland dan Taman negara Jerantut. Semuanya telah membangun dengan sendiri kecuali Taman Negara Jerantut memerlukan sokongan dari Kerajaan. Masih terdapat lokasi yang berpotensi dibangunkan sebagai pusat pelancungan belum tersentuh seperti Gunung Benum yang masih terpelihara alam semula jadinya.Begitu juga Rimba Kenung Kuala Lipis.

Keseluruhan Pahang Barat sistem telekomunikasinya dikawasan luar bandar boleh dikatakan bertompok dilingkungan tanpa wayar. Ia bergantung kepada kapasiti menara pemancar. Secara purata, sebahagian besar menara tersebut boleh memberi perkhidmatan sekitar 2.5 meter sekeliling.

Sistem talian tetap berada dilokasi terpilih. Jalur lebar masih giat tertumpu dikawasan padat dan ramai penduduk. Berapa lama lagikah jalur lebar akan sampai kedesa-desa seperti wilayah Pahang Barat ?.

Kadar celik IT diluar bandar tersangat rendah dan boleh dibilang dengan jari. Ada usaha kerajaan membina pusat-pusat IT Desa tetapi sebahagian besar tidak dilengkapi dengan sistem berinternet. Ada setengah tempat bangunan tiada dilengkapi dengan komputer dan lakar begitu sahaja.

Di Pahang Barat juga banyak terdapat perkampungan orang Asli tetapi mereka mudah dibantu bukan atas kelas pekerjaan tetapi atas nama komuniti Asli. Saluran bantuan melalui JHEOA. Namun demikian masih terdapat suku yang berpindah randah dan sukar dibantu, jumlahnya agalk kecil.

Pahang Barat, Lima daerah ini mengikut pelan struktur pembangunan Daerah oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ada dua teras utama halatuju pembangunan. Pertanian dan Pelancungan.

Bagi Daerah Jerantut Jabatan Perancang Bandar dan Desa bersetuju ditambah satu lagi iaitu kawasan Pendidikan. Oleh itu Jerantut menjadi daerah pelancungan, Pertanian dan pendidikan.

Adalah dituntut agar salah satu dari pusat-pusat berikut dijadikan cabang Universiti Pertanian iaitu di Pusat Perikanan Air Tawar kampung Perlok dan Pusat pembiakan Haiwan di Bukit Ketupat, sesuai dengan pelan struktur daerah Jerantut sebagai daerah pertanian, pelancungan dan pendidikan.

Semoga PM Najib dan MB Pahang mengadakan dasar Pandang Kebarat !. emm Pahang Barat. Ini mengimbas kembali zaman PM Najib menjawat MB Pahang 1982-1986 lahirnya gagasan ‘ Pertanian bersepadu Pahang Barat’ . Lembaga itu sudah lama tutup,kononnya Pahang Barat sudah terlalu maju.

Dicadangkan Lembaga itu dihidupkan semula. Boleh ke? Emm harap-harap boleh kerana itulah satu makanisma pembangunan ekonomi Luar bandar yang cukup berkesan. Bagi Pahang Barat selepas Pertanian Sepadu Pahang Barat dan Wilayah Jengka tutup, pembangunan ekonomi Luar bandar hliang punca.

Semasa usul penutupan lembaga itu dibawa keDewan Undangan Negeri Pahang secara formaliti saya menentang penutupan itu. Apa yang terjadi? Saya yang kena tutup!! kah.. kah.. kah,

Terima kasih Dato’ Sri Adnan dalam segala kebaikan yang tidak terbalas.

Jangan lupa pandang keBarat. Pahang Barat.