Saya mengadaikan semua telah memahami maksud pengurusan pemasaran serta kepentingannya sebagai satu pengurusan yang baik bagi sesebuah organisasi bisnes samada kecil atau pun besar. Pengurusan pemasaran mempunyai falsafahnya tersendiri sebagai amalan tetap organisasi bisnes yang memanjat naik.
Terdapat lima cabang falsafah atau konsep pengurusan tersebut, antaranya adalah konsep produk, konsep pengeluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan. Barangkali ada cabang lain yang baru diperkenalkan oleh para pengkaji pemasaran namun buat masa ini saya belum dapat menemukannya.
Kita lihat dahulu konsep produk. Pengguna mempunyai gelagat memilih yang berbeza dan unik. Mereka akan membeli sesuatu produk atau servis sekiranya produk tersebut berkualiti, berprestasi tinggi serta inovatif. Bagaimana pun ia tergantung kepada kelas sosial seseorang. Berbeza kelas sosial berbeza tingkat kualiti yang dipilih.
Kelas sosial yang dimaksudkan adalah tingkat pendapatan. Ada orang, sangat berpuas hati terhadap kualiti kasut Belly buatan Siam dimana harga asal 1000 bath, bila ditawar mendapat separuh harga 500 bath (RM 50.00). Ada orang tahap puas hatinya dapat memakai kasut Belly berharga RM 7000.00 dari Oxford Street, London. Jadi tahap kualiti dan kepuasan hati itu berbeza-beza, bergantung kepada............
Kelas sosial yang dimaksudkan adalah tingkat pendapatan. Ada orang, sangat berpuas hati terhadap kualiti kasut Belly buatan Siam dimana harga asal 1000 bath, bila ditawar mendapat separuh harga 500 bath (RM 50.00). Ada orang tahap puas hatinya dapat memakai kasut Belly berharga RM 7000.00 dari Oxford Street, London. Jadi tahap kualiti dan kepuasan hati itu berbeza-beza, bergantung kepada............
Hal yang sedemikian, pengeluar sentiasa menekankan aspek pembangunan produk yang berterusan.Lantaran itu pengeluar berusaha menumpu kepada inovasi terhadap poduknya. Contohnya, KFC pada asalnya pengeluar ayam goreng dan set-set sokongan seperti kentang goreng dan sebagainya telah menambah jumlah hidangan berasaskan ayam kepada burger yang sebelum ini dikontrol oleh Mac Donald. Tetapi dalam versi yang berbeza.
Unilever, pada mulanya hanya pengeluar serbuk pencuci untuk kotoran biasa, hasil inovasinya diubah kepada penghilang kotoran degil. Dari serbuk kepada cecair. Seterusnya warna tidak luntur. Sekarang ini pula produk stainshield.
Dalam perniagaan kecil seperti bisnes makanan juga sebenarnya memerlukan inovasi dan mengkaji gelagat pelanggan. Samada penambah baikan rasa, perkhidmatan, pilihan sokongan hidangan dan sebagainya. Sikap tidak puas hati pada tahap yang ada perlu disemai. Barangkali, produk hidangan sangat baik, tetapi lemah didalam servis juga perlu dibaiki dan konsisten.
Harus diingat kadang-kadang konsep produk ini terdorong keperangkap marketing myopia. Lor.. binatang apa pula itu?. maknanya pandangan sempit dalam bisnes. Sempit?, sempit bagaimana?. Begini contohnya. Kita berfikir bahawa pada waktu malam pelanggan suka masakan panas 'ala siam' maka kita pun menyediakan banyak jenis hidangan makanan tersebut. Berbaris dan bermuka-muka menu adalah makanan ala Thai.
Sebenarnya apa yang berlaku, pelanggan memerlukan makanan lain seperti nasi lemak, ikan bakar, asam pedas, masakan cina dan sebagainya. Akibat dari myopia pemasaran yang mementingkan hidangan siam itu kita tidak dapat menyelesaikan selera pengguna, maka peluang terbaik itu diambil alih oleh peniaga lain kemudian menjadi pesaing utama bersebelahan dengan kita.
No comments:
Post a Comment