Bahagian 6
Ann Wan Seng (2006) dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina ada beberapa bab menyentuh tentang gaya perniagaan orang melayu menurut pandangannya. Saya petik sebahagian dari bab 4, Konsep Bisnes Orang Cina untuk kita menilai ;
Ann Wan Seng (2006) dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina ada beberapa bab menyentuh tentang gaya perniagaan orang melayu menurut pandangannya. Saya petik sebahagian dari bab 4, Konsep Bisnes Orang Cina untuk kita menilai ;
".. ..Konsep Perniagaan orang cina lebih berdasarkan prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap- melengkapi antara mereka. Mengikut konsep ini jika ada peniaga yang menjual barang runcit, maka peniaga lain akan menjual barang basah dan keperluan lain. Bagi membolehkan perniagaan runcit itu hidup, orang cina membuka kawasan restoran dikawasan berhampiran dimana segala bekalannya akan diperoleh daripada kedai-kedai yang berada disekitar. Dengan demikian, perniagaan dikawasan itu akan berkembang pesat kerana wujud sokongan dan dukungan yang kuat di kalangan peniaga.
Konsep perniagaan orang cina tidak sama dengan konsep berniaga orang melayu. Orang cina tidak suka 'makan' atau mencari keuntungan seorang. Mereka tidak digalakan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya jika boleh, mereka perlu berkongsi segala keuntungan yang diperoleh dengan peniaga lain. Peniaga tidak boleh mementingkan diri sendiri. Mereka kena memikirkan orang lain. Ini kerana tidak ada peniaga boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung pada peniaga lain samada bagi mendapatkan bekalan, pelanggan dan kemahiran. Konsep ini penting bagi menjamin kejayaan sesuatu perniagaan. Tapi malangnya konsep itu gagal diterjemahkan oleh orang melayu dalam bidang perniagaan. Akibatnya, berlaku persaingan negatif yang akhirnya menghancurkan keseluruhan perniagaan orang melayu.
Seringkali berlaku peniaga melayu yang suka berniaga barang yang sama dikawasan yang sama. Jika satu gerai jual tomyam, maka semua gerai akan menjual makanan yang sama. Jika ada yang menjual kueh, maka keesukan harinya akan bercambah gerai-gerai lain yang menjual kueh. Perkara ini seolah-olah menjadi suatu budaya dan trend dikalangan peniaga melayu tidak kira dimana sahaja mereka membuka perniagaan. Konsep perniagaan sebegini tidak menguntungkan dan menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Akhirnya bukan semua peniaga mendapat untung, tetapi semua terpaksa gulung tikar atau bertukar bantal. Keadaan ini turut dapat diperhatikan pada bulan puasa. Pada waktu itu akan muncul ramai peniaga segera bak cendawan selepas hujan. Mereka berniaga bagi mendapatkan keuntungan dalam jangka masa singkat dan akan berehat apabila berakhirnya bulan ramadhan. Peniaga 'ala mee maggi' tidak akan berupaya menjadikan peniaga itu berjaya didalam lapangan perniagaan Ramai yang muncul secara tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba.
Peniaga jenis kulat dan cendawan tidak mempunyai ruang dalam dunia niaga orang cina. Golongan ini tidak layak diiktiraf sebagai peniaga dan usahawan yang sepatutnya menunjukkan kesungguhan dan komitmen yzng tinggi supaya terus berniaga tanpa mengira musim. Orang cina tidak suka berniaga secara bermusim walaupun ada diantara mereka mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Berniaga kecil-kecilan lebih baik dari berniaga bermusim kerana peniaga itu mempunyai peluang untuk berkembang. Peniaga bermusim bukan sahaja tidak boleh berkembang tetapi akan menghadapi masalah modal dan kecairan tunai bagi memulakan perniagaan. Mereka berniaga bagi mendapatkan duit poket dan duit belanja. Pada hal, peniaga perlu meletakkan keuntungan sebagai objektif utama perniagaannya. Wang yang digunakan bagi menghasilkan wang. Wang digunakan bagi melabur dan menambah modal perniagaan. Wang tidak sepatutnya dibelanjakan lebih-lebih lagi jika ia adalah keuntungan dari daripada perniagaan....."
Demikian imbasan ringkas dari bab 4 tulisan Ann Wan Seng pandangannya terhadap konsep perniagaan orang melayu. Kita harus akui walaupun ada banyak alasan mengapa jadi begitu. Memang benar pandangan itu, boleh dikatakan bahawa banyak cabang kita berfikir bahawa 'hidup ini sementara' kerana falsafah kesementaraan itu mengakari fikiran masyarakat kita. Untuk melihat falsafah kesementaran ini lebih luas klik blog melayurayadaily....
No comments:
Post a Comment