Saturday 20 November 2010

DEFINISI, KONSEP DAN STRATEGI PERNIAGAAN SANGAT PENTING.



.

Penulisan adalah idea seni berdasarkan bakat samada ianya bakat semulajadi atau diasuh dengan pengetahuan atau ketekunan. Tetapi saya tidak berhajat untuk menulis tentang penulisan kerana laman ini saya lebih suka untuk menyatakan pendapat saya tentang alam perniagaan mengikut sudut pandangan saya.Mungkin betul dan mungkin salah pada pandangan orang lain.

Berbagai ragam dalam kehidupan yang saya perhatikan gelagat orang membuka perniagaan untuk hidup. Ramai orang melayu memulakan perniagaan mereka dengan membuka pusat jualan makanan kerana ianya lebih mudah. Modal yang diperlukan agak kecil, kebolehan diri yang diamalkan tanpa perlu mencari ilmu bisnes lain dan risikonya agak rendah.

Sebenarnya, perniagaan jualan makanan bukan asas perniagaan yang baik untuk belajar berniaga. Bidang yang paling baik adalah belajar dari perniagaan peruncitan kerana ia bermula segala-galanya.

Saya mengambil contoh perniagaan yang mudah diceburi adalah restoran atau warong atau gerai. Ada orang membuka perniagaan hingga berbulan, malah bertahun tidak dimasuki pelanggan. Dalam sehari boleh dibilang. Tetapi kerana sabar dan belajar dari orang lain serta mencari kelemahan diri maka seorang demi seorang pelanggan masuk kekedainya.

Servis ditingkatkan, kualiti, keenakan makanan, kebersihan juga dibaiki, menu juga semakin bertambah dan pekerja juga cukup, layanan terhadap pesanan cepat menjadikan pelanggan puas hati. Harga juga tidak berubah ubah seramai mana pelanggan datang.

Akhirnya perniagaan itu semakin mendapat perhatian umum dan namanya menjadi sebutan. Lantas perniagaan itu berkembang dengan menambah cawangan dan sebagainya.

Ada peniaga pula, mula-mula buka sahaja restorannya penuh pelanggan hingga tidak cukup bahan jualan dan tidak cukup kaki tangan melayan tetamu. Hidangannya tidaklah seberapa, mungkin tempat yang strategic atau kawan-kawannya ramai atau ada majlis perasmian oleh wakil rakyat atau menteri.

Beberapa bulan kemudian, pelanggannya merosot. Setiap hari boleh dibilang dengan jari. Oleh kerana peringkat awal peniaga itu penuh sesak, dia menambah pekerja, peralatan dan berbagai lagi modal termasuk pinjaman bank. Pelanggan merosot, pekerja mesti dibayar gaji, hutang bank pun setiap hari menerima sms atau panggilan talipon oleh bank maka peniaga itu kian panik.

Apa yang menjadi pelanggan semakin kurang, setiap hari apabila pelanggan tetap datang tuan kedai sering menceritakan bahawa peniaga restoran disebelah maju dan ramai pelanggan kerana ada pakai ilmu siam, pakai ilmu hitam, pakai toyol(assassin) atau makanannya dibubuh ganja. Orang bukan suka makanannya tetapi ketagih pada bahan ramuan ganjanya. Akhirnya, pelanggan tersebut mencuba restoran sebelah. Didapati, segala tohmahannya tidak benar. Pelanggan tetapnya juga lari.

Dalam bisnes, kita kena definisikan perniagaan kita. Definisi, konsep dan strategi penting untuk jadi peniaga berdaya saing dan tidak mudah tewas dalam dunia yang semakin kompleks ini. Teruskan membaca: BACA SINI

Thursday 18 November 2010

NASIB KONTRAKTOR BUMIPUTERA







Kontraktor adalah satu cabang besar arena perniagaan bumiputera. Bilangan mereka terlibat dalam industri pembuatan adalah kecil. Bagaimana pun ada peningkatan didalam ‘trading’ tetapi bukan dilebel atasan melainkan pemain bawahan yang kebanyakan adalah segmen hadapan kepada peniaga bukan bumiputera.

Kontrak lebih terserlah kerana mengekori projek-projek kerajaan dan bergantung kepada peluang-peluang kerja ditawarkan oleh kerajaan. Mengapa terlalu bergantung?. Pembangunan disektor swasta tidak dikontrol oleh bumiputera. Oleh itu kerja-kerja konstruksi swasta ditawarkan kepada syarikat bukan bumiputera.

Perlukah kontraktor bumiputera di perlihara?. Agak besar jumlah bumiputera bergantung kepada semua kontrak termasuklah badan-badan professional bumiputera. Jika kontrak kerajaan mengecut, para perunding ikut sama melidi.

Ramai juga kontraktor bumiputera sekarang terutama  kelas A yang gulung tikar sejak dua tahun yang lalu kerana tidak mempunyai kontrak dengan kerajaan. Sedangkan overhead berjalan terus . Ada yang termakan overdraft dan menanggung hutang kerana membayar gaji,  pejabat dan utility.


Jika bidang yang mampu dikuasa oleh bumiputera ini berlaku kekosongan, ia akan diisi oleh bukan bumiputera. Maka agak sukar untuk melahiran ramai menjadi usahawan. Dengan itu kembalilah kezaman sebelum DEB.

Keadaan kontraktor ini ada dua, berhenti menjadi kontraktor kerana gulung tikar tidak ada projek. Kedua, berhenti kerana telah mengalih bidang industri yang ada kaitan dengan bidang pembinaan dan sebagainya. Ini bermakna sesebuah syarikat bumiputera itu sedia beralih kebidang lain jika mereka mempunyai modal dan pengalaman. Dalam erti kata lain kontrak itu bukan bisnes yang kekal.

Kebanyakan kontraktor yang lama disektor itu berfikir untuk melarikan diri dan menjana bisnes lain kerana dibidang kontrak terlalu sibuk menjaga manusia yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Dari menyertai tender , dapat tawaran, memulakan perkerjaan, kerja selesai dan setahun selesai kerja, masih ada jaminan bon yang tertahan.

Habis bagaimana kerajaan boleh membantu?

Pertama, menyedian bajet pembangunan diteruskan dengan memperbaiki lagi mutu pembangunan yang sedia ada. Jika ia tidak termasuk dalam bajet maka bajet pre emtive diusahakan.

Kedua, Zaman untuk melahirkan kontraktor kaya raya dengan satu dua projek telah berakhir. Sebaliknya kerajaan mengadakan projek untuk syarikat itu berjalan dan cukup menyara syarikat kerana beban tanggung syarikat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Lantas bagaimana? Pecahkan kecil-kecil projek yang besar-besar. Sebagai contohnya, kerajaan bercadang membina bangunan kadar kos siap bina 100juta. Ia boleh dipecah kepada tiga atau empat pekej supaya dapat diberikan kepada tiga atau empat syarikat.

Boleh ke?. Tidak ada yang tidak boleh sebenarnya. Contoh lagi semasa PM Najib menjadi TPM, beliau telah mengarahkan Felda membina tidak kurang 12 buah loji bekalan air di Pahang. Tiap-tiap satu projek dipecahkan kepada tiga, kerja makanikal ( loji), kerja sivil dan kerja-kerja pasang paip. Bila dipecah terdapat 36 syarikat terlibat.

Keputusan kerja bagaimana?. Pertama kerja cepat siap. Kedua, banyak syarikat ada kerja melibatkan beratus-ratus orang perkerja dari pengurus hingga kepada buruh kasar.

Bagus kalau begitu. Kerajaan harus memberi peluang orang lebih ramai hidup sekali gus wujud pertumbuhan yang merata. Kontraktor juga bila mendapat untung jangan tunggu lama untuk beralih kebidang lain.
 
Dunia kontrak adalah dunia sentiasa berkejar tidak tahu siang malam.