Bahagian 5
Pemikiran bisnes yang bersifat sementara tidak akan membangunkan usahawan melayu. Ini adalah satu pemikiran orang pahang bilang ‘ ikut labut orang ramai’. Maksudnya berfikir ikut trend orang ramai. Dalam pembangunan usahawan kita mencari fikiran yang berbeza atau luar biasa dan konsisten. Inovatif.
Pemikiran bisnes yang bersifat sementara tidak akan membangunkan usahawan melayu. Ini adalah satu pemikiran orang pahang bilang ‘ ikut labut orang ramai’. Maksudnya berfikir ikut trend orang ramai. Dalam pembangunan usahawan kita mencari fikiran yang berbeza atau luar biasa dan konsisten. Inovatif.
Berpijak atas pemikiran serupa itulah apabila terdapat satu kawasan perniagaan yang penuh dengan orang melayu berniaga barangan yang sama. Contohnya, kawasan food centre. Jika ada dua puluh buah gerai jualan makanan hampir sama. Dari hujung sampai kepangkal, jika jual tomyam, semuanya tomyam.
Tomyam, mi sop, mi celor, mi goreng, mi ladna. mi bandung , bihun goreng, bihun rebus, nasi goreng macam-macam goreng, semua ala siam. Yang tidak pandai masak siam pun ikut masak siam. Jadi tomyam siam ada berbagai rasa manis, masam, masin, pedas, serai, daun limau, langkuas, perasa udang dan himpunan segala rasa maka tomyam kita rasa air asam atau macam rasa asam pedas atau rasa singgang !.
Kemudian pelanggan datang sekali tidak memuaskan, mereka tidak datang lagi. Bila restoran kosong sedangkan gerai sebelah penuh sesak maka kita kata orang sebelah pakai ilmu siam, ilmu hitam atau paling tidak kita kata orang sebelah masuk 'ganja' dalam tomyam kah..kah..kah..
Jika kita ingin membuka sebuah perniagaan dalam bidang permakananlah misalnya, nampak mudah. Ada ruang kemudian susun kerusi meja, seterusnya sedia ruang dapur dan beli barangan mentah, kemudian gantung sedikit kangkung dan kailan pada cermin kaca, wah sudah jadi kedai tomyam. Senang bukan?.
Tidak begitu, sebelum kita membuka restoran atau apa-apa bentuk ruang niaga kita lihat kedalam diri kita. Apa skill atau kemahiran serta keistimewaan kita ada ?. Sekurang-kurang dua tiga jenis masakan kita, memang kita sendiri rasa sedap dan jika orang lain pun makan rasa sedap. Itu akan kita jadikan ‘main’ atau hidangan utama. Sudah memadai. Orang rasa sekali berasap… mereka pasti datang lagi.
Di Temerloh, ada sebuah restoran masakan tempoyak ikan patin. Restoran itu meletup, hari-hari minggu ramai orang datang dari Kuala Lumpur turun khusus untuk makan siang ikan patin !. Masakan lain tidaklah berapa special sangat tetapi masakan ikan patin itu yang menjadi pilihan utama. Sudahlah makan disitu, bungkus bawa pulang lagi.
DiJerantut, Restoran L & L, masakan tempoyak ikan patin original Sungai Pahang, lewat sampai sahaja menjelang tengah hari habis !. Pegawai Kerajaan dari seluruh Malaysia jika turun keJerantut tidak sah kalau tidak makan disitu. Ahli- ahli perniagaan yang mera’ikan pegawai-pegawai kerajaan juga disitu. Walaupun mahal sedikit tetapi berbaloi.
Itulah pentingnya ilmu dan kemahiran. Banyak lagilah contoh-contoh seperti diKuala Lumpur, restoran ayam kampung sebelah TPCA, Nasi lemak antarabangsa, Singgang ikan di UMNO lama, Zainol nasi kandar di PJ, Nasi kandar dikampung Atap, Kepala kari ikan diStadium adalah contoh popular.
Mengapa mereka popular ? kerana mereka mempunyai skill dan kemahiran. Rasa kemarin sama rasa semalam. Rasa semalam sama rasa hari ini, esuk dan seterusnya. Mereka menyelidik dan sentiasa meningkatkan mutu, rasa, perkhidmatan dan sebagainya. Sebab itu mereka maju. Ayam kampung dan Nasi lemak antarabangsa sudah meluas difrancaiskan.
Oleh itu, sebelum membuka perniagaan kita harus besedia dahulu apa yang kita ingin ketengahkan. Soalnya pengurusan perniagaan kurang tahu tidak apa. Buat dahulu nanti kita akan tahu. Apa yang penting disini “ apa yang kita tawarkan kepada pelanggan” ia mesti jelas.
No comments:
Post a Comment