Sunday, 8 August 2010

ADA RASA TAKUT BILA DATANG HARI RAYA

Bahagian 4

Ada banyak sebab kenapa kita kata bulan puasa itu tuhan taburkan rezki lebih dari bulan biasa. Pada hal ia sama dengan bulan-bulan lain juga. Pertama, kerana perbezaan waktu makan ia itu bertukar dari makan siang kepada makan waktu malam. Sepanjang siang samada untuk dirumah dan diluar kita berbelanja tidak mengira waktu. Ada kala 'cincai' sahaja sebab kita boleh makan pada bila-bila  rasa lapar. Jika dibandar pilihan banyak. Teh tarik dan roti canai pun sudah memadai.

Dibulan puasa segala apa yang kita beli adalah untuk persediaan makan pada waktu malam. Jika kita beli waktu pagi pun adalah barang disedia untuk malam. Jadi buat apa kita terlalu awal untuk sedia makanan untuk waktu malam ?. Nah..  semua orang fikir waktu petang adalah terbaik untuk sedia makanan waktu malam. Sebilangan besarnya pula fikir, buat apa susah-susah masak lebih baik beli sahaja makanan yang sudah siap tinggal hidang sahaja?. Jadi sebilangan besar fikir begitu, semua menyerbu kepasar ramadhan.

Ekonomi baik, serbuan lagi memuncak. Peniaga-peniaga seperti kera jatuh anak melayani pelanggan. Sedap tidak sedap habis. Berapa harga sahaja bayar!. Ada peniaga balik awal kerana barang jualan habis. Esuk tambah lagi, habis juga. Situasi ini dapat dilihat dan dirasai oleh semua pengunjung. Mulut melayu juga kalau untung heboh.. cerita pada jiran-jiran, kawan-kawan " Woii minah! aku untung besar bulan puasa ni".  Ada kata " huss tak cukup tangan sambut duit dari pelanggan". Ada kata " seribu sari untung". Ada pula " pepalih seronoknya berniaga dipasar ramadhan, sedar-sedar dah malam raya".

Apabila masuk sahaja hari puasa pertama, mula ramai yang berfikir untuk bersedia menyambut hari raya. Sudah mula berdikit-dikit shopping. Pakaian, peralatan untuk kueh mueh, perhiasan rumah seterusnya ada yang terfikir tukar perabut.

Jadi kedudukan hari hari raya bergantung kepada sebanyak mana jumlah wang dalam tangan. Jika besar jumlahnya hati pun ikut besar dan meriah. Ada yang beli pakaian tujuh pasang untuk tujuh hari. Sehari sepasang. Ada yang sekadar apa yang ada. Jika kurang wang hari raya bertukar menjadi hari sedih. Hari air mata. Terkilan melihat anak-anak tidak sama dengan anak orang lain. Terkilan sana, terkilan sini. Jadi hari raya tidak bermakna. Walau pun cuba memujuk perasaan sendiri, tetapi kesedihan tetap datang. Air mata asyek bertakung ditepi mata.

Kadang kala, hari raya menjadi hari yang menakutkan. Hari yang boleh jadi hari air mata yang mengalir bila mendengar takbir. Hari yang menjadi semua terkenang bila dalam keadaan susah. Hari yang datangnya insaf bahawa hidup bergantung pada anugrah tuhan.

Sekuat mana kita menyembunyikan kesusahan kita dari orang lain, tetapi kita tidak boleh menyorok pada diri sendiri. Suasana sekeliling yang membezakan kita dengan orang lain. Walau pun ada orang lain sama dengan kita dalam keadaan susah, tetapi kesenangan orang terbanyak boleh menghilangkan imej kesusahan bilangan orang yang kecil itu. Semua nampak senang dan meriah. Pada hal dalam hati kita berjeruk rasa kepedihan.

Orang yang berharta, wang yang banyak serta berpendapatan tinggi tidak merasa apa yang dirasai oleh orang susah. Mereka hanya memahami sedikit tetapi tidak sama antara bahu yang memikul. 

Itu sebabnya, pada bulan puasa orang akan belanja sebesar mana wang yang ada dalam tangan mereka untuk menyenangkan perasaan sendiri dan melihat anak-anak serta kaum keluarga gembira dan meriah. Itulah gunanya hasil kerja kuat, cari wang siang malam, pecah kepala berebut kuasa dalam politik, siang malam belajar untuk dapat gaji besar serta kalang kabut berniaga setahun sekali berusaha untuk menyenangkan hati.

Pemerhatian, percakapan, pengalaman serta gelagat  inilah antara sebabnya tumbuh peniaga cendawan pada bulan puasa sebagai respon kepada gelagat pengguna pada bulan itu.

Jadi saya huraikan serba ringkas mengapa bulan puasa itu agak luar biasa umat islam berbelanja, saudara tafsirlah sendiri bagaimana Allah swt menjadikan bulan ramadhan itu sebagai bulan berbeza dari bulan-bulan lain.

2 comments:

sweetie2010.blogspot said...

Salam kenal Azizan,

Memang peluang meniaga dibulan ramadhan ni lebih untungnya dari hari-hari biasa. Maklumlah persiapan menyambut raya setahun sekali tu memang amat dinanti2kan. Jadi apa saja yang dijual mendapat sambutan macam baju raya, bunga-bunga, kueh raya etc.

Setuju dgn kata2 Azizan jika kurang wang hariraya bertukar menjadi sedih. Itulah sebabnya dibulan puasa ni ramai yang ambik peluang kerja lebih masa atau part time macam berniaga menambah wang untuk memasikan raya yang disambut penuh senyuman bukannya air mata bertakung ditepi mata.

Tepuk dada tanya selera...hmmm camner yer Azizan, mana nak cekau duit lebih ni weh..

azizan said...

Terimakasih Sweetie,
Entahlah... rasanya tidak ada jalan singkat untuk cekau mana-mana. Biasanya kalau ada kuasa boleh. satu call boleh sejuta dua!.Tapi tak berkatlah.