Wednesday 5 January 2011

DAHSYAT - JERANTUT, TEMERLOH DAN JENGKA DISERANG SAKIT KELAPA





1386 Restoran dan penjual makanan dibandar Jerantut, Temerloh dan Jengka dijangka menutup jualan  mereka kerana dikatakan tiada bekalan santan kelapa. Harga santan kelapa naik mendadak dari  RM 7.00 hingga 12.00 perkilogram. Kelapa  bulat  antara 1.80 hingg 2.00 sebiji. Minggu lalu bahan kelapa diimpot dari Indonesia.  Manakala peniaga mencadangkan kepada FAMA supaya mengimpot kelapa dari Negara lain seperti Filipina pula. (Utusan online Jan4,2010 )



CATATAN PINGGIR

Dalam entri saya semalam menyebut fasal masalah bekalan kelapa berlaku diPulau Pinang sekitar bulan Oktober 2010 yang lalu telah berjangkit keKuala Lumpur. Sebelum sempat bernafas merayap kePahang pula.

Kekurangan ini telah lama dijangka berdasarkan pemerhatian mata kasar  tentang pertanian kelapa dikawasan pesisir pantai diSemenanjung Malaysia. Mengapa di tepi pantai?. Kerana tepi pantai adalah kawasan kelapa yang paling subur kerana tanahnya berpasir dan ada kemasinan garam laut.

Ada beberapa factor yang menyebabkan kekurangan kelapa yang kita kurang ambil indah sejak adanya Mac Donald, KFC,  dan lain-lain.  Pertama, kerana usaha peladang kelapa menukar tanaman dari kelapa kepada sawit disebabkan kelapa tidak berharga sebaik harga sawit.  Tambahan pula zaman ini orang tidak lagi minat atau berkemampuan memanjat kelapa.  Beruk pemanjat kelapa pun sudah pupus hasil pembalakan dihutan. Jika ada pun beruk yang hanya pandai pasang bendera bulan dihujung pokok.

Kedua,  Oleh kerana terlalu kreatif Tan Sri Sanusi Junid semasa jadi menteri Partanian, dasar ingin meninggi pendapatan peladang kelapa maka kempen kelapa muda telah mengubah cara berfikir peladang dari menjual kelapa tua lebih lumayan menjual kelapa muda. Berbaloi. Dengan itu budaya peladang kelapa sekarang mengaut hasil dari kelapa muda. Habis dari mana datangnya kelapa tua?.

Ketiga, Sepanjang pantai diSemenanjung Malaysia telah bertukar dari ladang kelapa kepada Hotel, Chalet, resort, banglow, padang golf dan perumahan mewah.  Tanah ditepi pantai naik melambung dan tidak masuk akal. Kebanyakannya  telah bertukar tangan.

Keempat,  Pasaran balak batang kelapa juga lumayan. Batang kelapa itu diekspot keChina difahamkan untuk bahan  kayu lapis. Pohon kelapa yang tinggi ditebang dan diekspot melalui agen-agen dikawasan tertentu. Pada awalnya tebang berpilih lama kelamaan tebang semua bila kesempitan wang atau sesak berbagai tujuan.
Peniaga Restoran  atau penjual makanan harus bersedia menghadapi perubahan ini.  Masakan harus disesuaikan dengan situasi semasa.  Kebergantungan kepada kelapa tidak berapa sesuai dizaman ini kerana bahan itu pasti berkurangan. Bukan tidak ada langsung tetapi kurang dan harga melambung.

Peniaga tidak harus panik sehingga menutup kedai sebaliknya melakukan secara kreatif dalam masakan. Dalam hal ini harus belajar dari mamak bagaimana mereka boleh membuat kari tanpa bergantung kepada bahan santan kelapa. Contoh yang lain adalah masakan China, Siam dan berbagai lagi. Masakan melayu tidak kurang juga bilangannya, tampa santan kelapa.

Sebenarnya, jika dikumpul kelapa-kelapa yang ada dalam negeri Pahang bahan itu dijangka mencukupi. Tetapi hasil kelapa hanyalah terbiar dan bukan merupakan hasil kepada penduduk desa. Mereka membiarkan hasil itu terbuang dan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja. Bezanya ia berada dimana-mana tidak sekumpul.

Apa yang penting perniagaan mesti dihteruskan dan pendapatan harus dijana serta tidak mudah mengalah.