Friday 15 October 2010

PAHANG BARAT

                                                          DATO' SAZIMAN MANSOR MENTERI KERJARAYA

( Bahagian 1)

Sempena Pembentangan Bajet 2011 diambang RMK 10 ada baiknya juga kita mencari jalan untuk menyuarakan pandangan kita kepada pihak pucuk pimpinan melalui ruang media sosial kerana kita tidak berkesempatan untuk berbicara diruang khusus atau mana dewan rasmi.

Semoga pesanan ini sampai keperhatian pihak pemerintah dan jentera pelaksana khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan wilayah, Kementerian Kerjaraya serta kerajaan negeri Pahang. Diruang ini juga kita merayu agar Pahang Barat menjadi tumpuan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang dilancarkan oleh PM Najib baru-baru ini.

Istilah Pahang Barat sudah jarang digunakan selepas tahun 2000. Ia dimatikan kerana pemimpin tidak lagi mahu membeza-bezakan dengan mana-mana wilayah diPahang. Jika dahulu bila disebut Pahang Barat, membawa pengertian kawasan hulu dan ketinggalan dalam zaman dalam kontek pembangunan.

Pahang Barat adalah wilayah yang meliputi lima daerah iaitu Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highland dan Jerantut. Wilayah ini agak luas dan berbukit bukau. Dua buah gunung yang terdapat diWilayah ini iaitu gunung Tahan dan gunung Benum. Pahang Barat adalah jajaran banjaran titiwangsa yang menganjur dari utara keselatan negara ini.

Densiti penduduknya agak rendah dan bergantung kepada sektor pertanian. Wilayah ini kaya dengan sumber asli seperti air, kayu-kayan, batu-batan dan bahan galian. Namun demikain ia tidak memberi faedah secara langsung kepada penduduk tempatan. Mereka yang mendapat faedah adalah dikalangan orang yang rapat dengan kuasa. Biasalah harta karun.

Sekitar tahun 1996 keatas wilayah ini agak cerah kerana laluan jalan raya dari Bentong- Raub- Benta-Lipis siap dibina sekitar 2006. Jerantut – Temerloh Juga lebih kurang sama. Bagaimanapun Jalan dari Maran-Jengka 8- Jerantut – Benta siap beruas-ruas dianggarakan belum mencecah 30 peratus. Sepanjang lauan itu masih malap.

Ada dua sebab utama mengapa jalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya padahal ia adalah bermula dari RMK Lapan. Pertama Kerajaan tidak mempunyai peruntukan. Kedua, Perlantikan kontraktor yang tidak berwibawa menyebabkan terbengkalai.

Penduduk sepanjang laluan Maran-Jengka8- Jerantut- Benta amat bergantung harap kepada inisiatif PM Najib untuk melaksanakan pembangunan itu dalam tempuh RMK 10. Jika dalam tempuh pemerintahannya itu tidak juga dapat dilaksanakan maka mereka kira tutup buku dan gunakanlah seadanya.

Beberapa ahli Parlimen dan Exco kerajaan yang menjaga kemudahan asas yang handal berkhidmat malah datangnya dari laluan jalur itu juga tidak berupaya merencanakan pembangunan tersebut menjadi persoalan rakyat. Terdapat seorang Ahli Parlimen, bila saya bertanya mengapa jalan itu masih tersangkut?. Jawabnya mudah “ tidak perlu dilaksanakan kerana hanya lima buah kereta sahaja lalu pada setiap hari”.

Saya tidak berpuas hati maka saya sendiri telah membuat survey secara pemerhatian, dalam tempuh satu jam jalan itu disatu lokasi terdapat tidak kurang 50 buah berbagai jenis pergi dan balik pada waktu siang ( tengah hari). Begitulah jika pemimpin tidak perhatin pada masalah rakyat.

Pahang Barat bukanlah satu wilayah letakan perindustrian yang baik untuk pemodal melabur. Kecuali IKS yang bersangkut dengan sumber asli tempatan seperti industri kayu kayan, getah dan sawit serta batu batan. Industri yang ada bukanlah mengeluarkan barang siap sebaliknya pemerosesan hanya untuk mudah diangkut ketempat lain khususnya kelembah Klang.

Tidak banyak peluang pekerjaan ditawarkan oleh pihak swasta menyebabkan tenaga produktif khususnya golongan muda meninggalkan wilayah itu untuk mengisi peluang pekerjaan kawasan kebandar-bandar besar. Sebahagian besar wilayah Pahang Barat didiami oleh tenaga tidak produktif dan usia emas. Itulah yang menyebabkan wilayah itu bertambah malap.

Bersambung.....

Wednesday 13 October 2010

KAEDAH BARU BASMI DENGGI DICARI – PM




1.8 bilion penduduk diRantau Asia Pasifik terdedah kepada ancaman wabak denggi. Ia merupakan virus yang cepat menular dengan 2.5 bilion penduduk dunia terdedak kepada ancaman wabak itu. 70 peratus dari 1.8 bilion penduduk Asia Pasifik kebanyakannya negara-negara membangun.

Tahap kesedaran masyarakat untuk bersama kerajaan membasmi wabak itu masih lagi rendah dan masyarakat diminta bertanggung jawab terhadap kawasan masing-masing tidak menjadi kerana tahap kesedaran tidak begitu tinggi .

Rengkasan kenyataan sidang akhbar PM Najib dipersidangan WHO bagi wilayah Pasifik Barat ke 61 di Putrajaya Okt 11, 2010.

KOMEN

Memang benar kesedaran dikalangan masyarakat kurang tinggi dalam memelihara suasana persekitaran yang bersih dari wabak denggi. Terdapat rumah-rumah disekitarnya berserabut dengan berbagai-bagai peralatan lama disimpan tidak teratur dan bersepah. Lebih memualkan lagi dengan keadaan teduh, gelap dan menggalakan nyamuk berhimpun dan membiak. Situasi ini boleh terdapat disetiap taman perumahan pada rumah-rumah tertentu didalam kawasan bandar tidak kira ia dikawasan perumahan kos rendah, serdahana dan tinggi.

Terdapat juga pihak berkuasa tempatan tidak dapat menyelenggara longkang-longkang yang airnya tidak mengalir kerana tersumbat, tersekat dan berada dikawasan rendah hingga boleh membiak nyamuk pembawa wabak berkenaan.

Penduduk membayar cukai pintu bertujuan mendapatkan perkhidmatan dalam berbagai perkara yang disenaraikan tetapi tidak mendapat pulangan yang sepatutnya dari pihak berkuasa berkenaan. Inilah yang mendatangkan kegelisahan kepada penduduk kerana untuk mengatasi masalah yang diluar kemampuan mereka.

Dalam hal-hal sedemikian penduduk ditaman-taman perumahan boleh mengadakan gotong royong, membersihkan sendiri dikawasan masing-masing dan sebagainya. Tetapi tidak semua perkara dapat diselesaikan. Melainkan ianya dilapur kepada pihak berkuasa tempatan. Apa jadi jika tidak diambil perhatian?.

Saya mengambil contoh longkang diTaman Koperasi Jerantut airnya tidak mengalir, tidak pernah dicari jalan penyelesaian sejak 15 tahun yang lalu. Penduduk taman itu setiap kali ada kes denggi ada disenaraikan mereka terlibat. Mengapa?, sedangkan ada wakil ahli Majlis setiap kali mesyuarat membawa hal itu masih juga tidak diambil perhatian.

Oleh itu yuran/ cukai pintu yang dibayar oleh penduduk harus dinilai dengan pulangan perkhidmatan.