Saturday 4 December 2010

GAJI NAIK - BARANG PUN NAIK





Baru-baru ini saya balik kampung kerana sudah agak lama tidak menjenguk kampung halaman. Saya singgah disebuah kedai, berdiri diluar menunggu kawan-kawan.

Saya disapa oleh kawan lama. Dalam perbualan kami, saya bertanyakan dia sekarang masih pemandu bas lagikah?, sebab dulu dia seorang pemandu bas laju..kah..kah..kah.. ya betul, kalau dia pegang steering bas kita yang naik bas itu seperti berada diatas litar sepang aahak..hak..hak..

Katanya dia masih lagi dengan syarikat bas. Gatal mulut saya lalu bertanya dia bawa bas masih laju macam dulu lagi kah?. kah..kah..kah.. dia jawab sekarang tidak laju macam dulu lagi sebab usia pun sudah meningkat.

Dia tidak lagi memandu bas dari kampung kebandar Jerantut tetapi dari pekan Benta ke Jerantut. Saya tanya dia mengapa tidak terus sahaja pandu bas dari kampung kebandar Jerantut?. Dia kata, sekarang bas dari kampung ke Bandar Jerantut sudah tidak ada lagi sejak dua tahun yang lepas?.

Mengapa?. Dia kata sekarang orang semua sudah ada kereta sendiri. Bas masuk pun setiap trip hanya bawa seorang atau dua sahaja. Bas rugi teruk, langsung batalkan laluan dari Jerantut kekampung.

Saya termenung mendengar kenyataan itu. Sesuatu bermain difikiran saya. Saya insaf bahawa kerajaan telah berjaya membasmi kemiskinan. Jika semua orang sudah memiliki kenderaan sendiri khususnya kereta bermakna rakyat sudah meninggalkan jauh alam kemiskinan.

Jika dahulu, untuk cari orang yang ada kereta sendiri dikampung saya boleh dibilang dengan jari. Tidak sampai lima buah. Nah sekarang bas pun boleh tutup laluan kerana parah.

Waktu saya minum tea tarik bersama kawan-kawan, mereka sibuk bercerita tentang harga getah mencecah 6.80 sekilogram. Ada dikalangan mereka yang boleh buat pendapatan hingga RM1000.00 sehari.

Wow..kalau begitu jadi menteri pun kalah. kah..kah..kah.. ya lah kata mereka. Menteri tidak tahu hujan, tidak tahu panas. Elaun lebih dari gaji dan semua kemudahan free!.  Ya juga... saya bilang.

Disini saya buat kesimpulan, DEB dan dasar-dasar lain kerajaan telah mengubah kehidupan rakyat. Jika Menteri Luar bandar kata statistik kemiskinan tegar hanya tinggal 3.6 persen itu boleh dipercayai.

Masalahnya sekarang kemiskinan beralih kebandar-bandar pula. Peningkatan harga barang menjadikan golongan pendapatan rendah jadi miskin dan kos kehidupan jadi sangat ketat. Sudah tentu mereka pilih makanan yang kurang zat.
Issh.. sedih.

Soalnya sekarang, jika gaji naik barang pun ikut naik. Mustahil pula istihar sahaja gaji naik, gaji belum dapat barang sudah naik. Ini yang berlaku sekarang. Orang tengah, pengedar, pengeluar buat untung atas darat. Apa? lintah darat?, Ya..ya.. lintah darat pun bolehlah.

Tidak boleh kah kerajaan tidak istihar naik gaji secara terbuka?. Emmmm itu yang susah. Patutnya kena buat senyap-senyap saja. Lintah jika kaki kita turun saja kaki kedalam air pun dia sudah dengar.

Sebenarnya tidak perlu bagi tahu publik pun, kerana publik akan marah bila gaji naik, barang ikut naik. Pada hal ianya bukan ada kaitan dengan mereka. Orang makan gaji sahaja yang perlu tahu melalui akaun mereka, pendapatan bertambah.

Itulah politik, kalau tidak hebuh nanti kata kerajaan tidak buat apa-apa. Kalau begitu cubalah sekali naikan gaji senyap-senyap melalui kenaikan tahunan. Siapa pun tidak ambil pusing. Lintah darat pun tidak perasan. Boleh?

Tanyakanlah pada Menteri kewangan. Kalau menteri kewangan buat diam-diam Cuepac pula buat bising. Mengapa?. Kalahlah presiden itu bertanding orang tidak tahu perjuangan dia buat apa.

Ya..ya...Cuepac memang suka buat hal.

No comments: