Saturday 20 November 2010

DEFINISI, KONSEP DAN STRATEGI PERNIAGAAN SANGAT PENTING.



.

Penulisan adalah idea seni berdasarkan bakat samada ianya bakat semulajadi atau diasuh dengan pengetahuan atau ketekunan. Tetapi saya tidak berhajat untuk menulis tentang penulisan kerana laman ini saya lebih suka untuk menyatakan pendapat saya tentang alam perniagaan mengikut sudut pandangan saya.Mungkin betul dan mungkin salah pada pandangan orang lain.

Berbagai ragam dalam kehidupan yang saya perhatikan gelagat orang membuka perniagaan untuk hidup. Ramai orang melayu memulakan perniagaan mereka dengan membuka pusat jualan makanan kerana ianya lebih mudah. Modal yang diperlukan agak kecil, kebolehan diri yang diamalkan tanpa perlu mencari ilmu bisnes lain dan risikonya agak rendah.

Sebenarnya, perniagaan jualan makanan bukan asas perniagaan yang baik untuk belajar berniaga. Bidang yang paling baik adalah belajar dari perniagaan peruncitan kerana ia bermula segala-galanya.

Saya mengambil contoh perniagaan yang mudah diceburi adalah restoran atau warong atau gerai. Ada orang membuka perniagaan hingga berbulan, malah bertahun tidak dimasuki pelanggan. Dalam sehari boleh dibilang. Tetapi kerana sabar dan belajar dari orang lain serta mencari kelemahan diri maka seorang demi seorang pelanggan masuk kekedainya.

Servis ditingkatkan, kualiti, keenakan makanan, kebersihan juga dibaiki, menu juga semakin bertambah dan pekerja juga cukup, layanan terhadap pesanan cepat menjadikan pelanggan puas hati. Harga juga tidak berubah ubah seramai mana pelanggan datang.

Akhirnya perniagaan itu semakin mendapat perhatian umum dan namanya menjadi sebutan. Lantas perniagaan itu berkembang dengan menambah cawangan dan sebagainya.

Ada peniaga pula, mula-mula buka sahaja restorannya penuh pelanggan hingga tidak cukup bahan jualan dan tidak cukup kaki tangan melayan tetamu. Hidangannya tidaklah seberapa, mungkin tempat yang strategic atau kawan-kawannya ramai atau ada majlis perasmian oleh wakil rakyat atau menteri.

Beberapa bulan kemudian, pelanggannya merosot. Setiap hari boleh dibilang dengan jari. Oleh kerana peringkat awal peniaga itu penuh sesak, dia menambah pekerja, peralatan dan berbagai lagi modal termasuk pinjaman bank. Pelanggan merosot, pekerja mesti dibayar gaji, hutang bank pun setiap hari menerima sms atau panggilan talipon oleh bank maka peniaga itu kian panik.

Apa yang menjadi pelanggan semakin kurang, setiap hari apabila pelanggan tetap datang tuan kedai sering menceritakan bahawa peniaga restoran disebelah maju dan ramai pelanggan kerana ada pakai ilmu siam, pakai ilmu hitam, pakai toyol(assassin) atau makanannya dibubuh ganja. Orang bukan suka makanannya tetapi ketagih pada bahan ramuan ganjanya. Akhirnya, pelanggan tersebut mencuba restoran sebelah. Didapati, segala tohmahannya tidak benar. Pelanggan tetapnya juga lari.

Dalam bisnes, kita kena definisikan perniagaan kita. Definisi, konsep dan strategi penting untuk jadi peniaga berdaya saing dan tidak mudah tewas dalam dunia yang semakin kompleks ini. Teruskan membaca: BACA SINI

No comments: