Kontraktor adalah satu cabang besar arena perniagaan bumiputera. Bilangan mereka terlibat dalam industri pembuatan adalah kecil. Bagaimana pun ada peningkatan didalam ‘trading’ tetapi bukan dilebel atasan melainkan pemain bawahan yang kebanyakan adalah segmen hadapan kepada peniaga bukan bumiputera.
Kontrak lebih terserlah kerana mengekori projek-projek kerajaan dan bergantung kepada peluang-peluang kerja ditawarkan oleh kerajaan. Mengapa terlalu bergantung?. Pembangunan disektor swasta tidak dikontrol oleh bumiputera. Oleh itu kerja-kerja konstruksi swasta ditawarkan kepada syarikat bukan bumiputera.
Perlukah kontraktor bumiputera di perlihara?. Agak besar jumlah bumiputera bergantung kepada semua kontrak termasuklah badan-badan professional bumiputera. Jika kontrak kerajaan mengecut, para perunding ikut sama melidi.
Ramai juga kontraktor bumiputera sekarang terutama kelas A yang gulung tikar sejak dua tahun yang lalu kerana tidak mempunyai kontrak dengan kerajaan. Sedangkan overhead berjalan terus . Ada yang termakan overdraft dan menanggung hutang kerana membayar gaji, pejabat dan utility.
Jika bidang yang mampu dikuasa oleh bumiputera ini berlaku kekosongan, ia akan diisi oleh bukan bumiputera. Maka agak sukar untuk melahiran ramai menjadi usahawan. Dengan itu kembalilah kezaman sebelum DEB.
Jika bidang yang mampu dikuasa oleh bumiputera ini berlaku kekosongan, ia akan diisi oleh bukan bumiputera. Maka agak sukar untuk melahiran ramai menjadi usahawan. Dengan itu kembalilah kezaman sebelum DEB.
Keadaan kontraktor ini ada dua, berhenti menjadi kontraktor kerana gulung tikar tidak ada projek. Kedua, berhenti kerana telah mengalih bidang industri yang ada kaitan dengan bidang pembinaan dan sebagainya. Ini bermakna sesebuah syarikat bumiputera itu sedia beralih kebidang lain jika mereka mempunyai modal dan pengalaman. Dalam erti kata lain kontrak itu bukan bisnes yang kekal.
Kebanyakan kontraktor yang lama disektor itu berfikir untuk melarikan diri dan menjana bisnes lain kerana dibidang kontrak terlalu sibuk menjaga manusia yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Dari menyertai tender , dapat tawaran, memulakan perkerjaan, kerja selesai dan setahun selesai kerja, masih ada jaminan bon yang tertahan.
Habis bagaimana kerajaan boleh membantu?
Pertama, menyedian bajet pembangunan diteruskan dengan memperbaiki lagi mutu pembangunan yang sedia ada. Jika ia tidak termasuk dalam bajet maka bajet pre emtive diusahakan.
Kedua, Zaman untuk melahirkan kontraktor kaya raya dengan satu dua projek telah berakhir. Sebaliknya kerajaan mengadakan projek untuk syarikat itu berjalan dan cukup menyara syarikat kerana beban tanggung syarikat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Lantas bagaimana? Pecahkan kecil-kecil projek yang besar-besar. Sebagai contohnya, kerajaan bercadang membina bangunan kadar kos siap bina 100juta. Ia boleh dipecah kepada tiga atau empat pekej supaya dapat diberikan kepada tiga atau empat syarikat.
Boleh ke?. Tidak ada yang tidak boleh sebenarnya. Contoh lagi semasa PM Najib menjadi TPM, beliau telah mengarahkan Felda membina tidak kurang 12 buah loji bekalan air di Pahang. Tiap-tiap satu projek dipecahkan kepada tiga, kerja makanikal ( loji), kerja sivil dan kerja-kerja pasang paip. Bila dipecah terdapat 36 syarikat terlibat.
Keputusan kerja bagaimana?. Pertama kerja cepat siap. Kedua, banyak syarikat ada kerja melibatkan beratus-ratus orang perkerja dari pengurus hingga kepada buruh kasar.
Bagus kalau begitu. Kerajaan harus memberi peluang orang lebih ramai hidup sekali gus wujud pertumbuhan yang merata. Kontraktor juga bila mendapat untung jangan tunggu lama untuk beralih kebidang lain.
Dunia kontrak adalah dunia sentiasa berkejar tidak tahu siang malam.
No comments:
Post a Comment