Saya terpaksa berkejar dari Kuala Lumpur ke Jerantut kerana mendapat talipon anak perempuan saya ditahan diwad hospital Jerantut kerana disyaki denggi. Bertenang walaupun agak panik. Sekarang sedang menunggu keputusan ujian darah.
Kira-kira jam 6.00 petang kakitangan pejabat Kesihatan Jerantut telah berkelabut membuat semburan disekitar taman koperasi. Sempat saya berbual dengan mereka dan saya dimaklumkan taman Koperasi telah dikesan lima orang pengidap demam denggi. Satu telah pasti, empat yang sedang menunggu ujian darah.
Aduh.. suspen juga saya ini. Masalah diTaman Koperasi ini adalah longkang airnya tidak mengalir dan bertakung. Nyamuk ya Allah, seperti lebah. Saya sudah puas bersuara tentang masalah ini tetapi masih belum selesai juga. Kali ini saya minta supaya majlis Daerah sediakan bajet untuk selesaikan masalah longkang air bertakung ini, masyarakat taman ini sudah tidak boleh tahan lagi.
No comments:
Post a Comment