Monday, 13 September 2010

sambungan JERANTUT BANDAR MALAM (2)


Dato’ Yang DiPertua,



saya mengambil masa agak panjang untuk romance kerana menjelaskan sebab-sebab mengapa kita melaksanakan idea untuk menjadikan Bandar Jerantut sebagai sebuah bandar yang hidup waktu malam, ringkasnya Bandar Malam.

Terima kasih Dato’ YDP dan Saudari Setiausaha serta kakitangan MDJ kerana turut sama menyokong idea Bandar Malam itu semasa kita membincangkan dengan JPBD tempuh hari dimana saya meminta kerjasama JPBD merestui dan membantu mendesainkan Jerantut sebagai sebuah Bandar Malam.

Apakah Bandar Malam itu? Mungkin rakan-rakan dan para pegawai –pegawai serta masyarakat ingin tahu lebih bersuluh dengan ubat lampu lapan biji supaya dapat difahami dengan cerah apakah lembaga itu. Baiklah, saya akan suluh dengan beberapa buah lampu moga tersinar terang.

Konsep Bandar Malam bukanlah satu yang luar biasa sebalikya ia jarang dilakukan oleh Bandar-bandar kecil lain dinegara ini kerana ia bertentangan dengan natural kemanusiaan bahawa waktu malam adalah waktu kehidupan lebih selesa dirumah. Kecuali dikota-kota besar seperti Kuala Lumpur, bahagian-bahagian tertentu Bandar seperti Melaka, Johor Bahru dan lain-lain.

Jika kelainan kita harus menukar konsep perniagaan yang hanya berjalan pada waktu siang kepada melanjutkan masa menutup perniagaan kepada lewat malam. Altenatifnya, mungkin pada waktu siang dimulakan agak lewat sedikit tidak menjadi hal.

DiJerantut telah banyak ruang niaga dilanjutkan pada lewat malam terutama bagi premis perniagaan yang baru dibuka contohnya dibandar Inderapura. Hyper market TF dan Aktif serta gerai-gerai makanan disana-sini tutup lewat. Ada restoran 24 jam begitu juga 7eleven. Jika majoriti premis ditutup lewat maka jadilah ia sebuah bandar hidup pada waktu malam.

Untuk itu kita harus mendidik masyarakat untuk lebih gemar keluar membeli belah, makan minum diluar pada waktu malam. Mereka suka bersiar-siar waktu malam. Bila sebagian dari masyarakat bandar terbiasa dengan keadaan ini ia akan menarik pengunjung-pengunjung dari luar bagian bandar ikut sama keluar pada waktu malam.

Hanya satu inviroment ditanam didalam pemikiran masyarakat bahawa mereka yakin apa yang dimahukan ada terdapat pada waktu malam dibandar ini. Contohnya konsep  7eleven memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa perniagaan mereka 24 jam. Sekarang, semua orang tahu tempat-tempat yang ada 7eleven tidak sukar untuk mereka mencari barangan walaupun diwaktu dinihari.

Begitu jugalah sebuah bandar jika masyarakat yakin diwaktu malam ada bisnes maka mereka lebih selesa keluar malam dan waktu siang mereka boleh menumpukan kepada pekerjaan atau hal-hal lain. Apa yang penting disini ada keyakinan dari masyarakat bahawa waktu malam Jerantut terbuka kepada apa jua bisnes.

Bagi mencapai tujuan itu, MDJ harus membina rangsangan dengan membina keceriaan bandar ini dengan hiasan lampu bersinar, bergemerlapan diseluruh ruang bandar. Mungkin kos letrik agak meningkat tetapi dalam jangkamasa panjang semuanya itu dapat disifarkan kerana mendapat pulangan.

Membenar dan menggalakan pertumbuhan aktiviti perniagaan yang boleh menarik orang berkunjung seperti expo, aktiviti seni, pasar malam, perayaan-perayaan , pementasan, aktiviti dakwah berlaku secara bersimpang siur sebagai pemangkin kepada kehidupan bandar pada waktu malam. Mengelakan bandar menjadi sepi, gelap, tidak bertenaga dan menakutkan pada waktu malam.

Dewan-dewan perniagaan serta para peniaga, penjaja dijemput untuk berunding bagi mencapai hasrat itu kerana mereka adalah pemain sebenar. Apa yang kita lakukan adalah untuk membina pertumbuhan ekonomi mereka. Ia meningkatkan laba dan menjana peluang pekerjaan.

Jerantut yang nyaman -puteri mandi manda diair yang jernih

Siapa sasarannya?. Ia sudah pasti 100,000 penduduk dalam daerah Jerantut. Kemudian keluarga peneroka Felda Jengka, Lepar, Kuala Kerau, sebahagian Daerah Lipis dari kampong-kampung dibelah oleh jalan Jerantut-Lipis dan sepanjang jalan Benta. Pelancung-pelancung luar dan asing juga merupakan sasaran tradisi.

Sebagai usaha dukungan, diperingkat kelulusan pelan pembangunan perumahan dipercepatkan, kempen-kempen ‘Jerantut selesa didiami’ dijalankan sebagai menggalak percambahan penduduk. Begitu juga kempen-kempen ‘balik kampung’ wajar diteruskan terutama anak-anak felda yang akan membeli rumah-rumah untuk berhampiran dengan ibu-bapa mereka diFelda yang berD disekitar.

Tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu visi kerana berbagai cabaran akan dihadapi. Pertama kita akan menghadapi kekurangan kos, mencari peruntukan, keberkesanan politik, menarik minat masyarakat pelanggan dan pengguna, mulut masyarakat yang mengkritik dengan ketajaman hujah serta kedangkalan fikiran sehala dan sebagainya. Bagaimanapun kita harus tenang, sedia mendengar dan memberi timbangan pada yang wajar untuk kebaikan.

Paling sukar adalah kita mengubah kebiasaan masyarakat peniaga kita yang selesa berkerja pada waktu siang dan menambah masa mereka untuk lewat malam. Ini akan memakan masa. Mangubah apa yang telah menjadi budaya tidak mudah. Tetapi saya percaya, jika mereka nampak apa yang kita gambarkan mereka akan berkerjasama.

Kita tidak boleh takut pada kritikan jika mahu mengubah masa hadapan bandar ini. Kita harus faham bahawa segelintir pengkritik itu mereka tidak ada tanggung jawab untuk mengisi periuk nasi masyarakat. Mereka hanya melontarkan berbagai kritikan tetapi tidak berbuat apa-apa.

Perkara ini sudah lama saya suarakan, namun demikian ada perkembangan walau pun perlahan. Tidak mengapa, ia berjalan secara evolusi tetapi matlamatnya akan sampai. Sekarang nampak ada perubahan. Hanya kita belum berunding dengan masyarakat peniaga bagi mendapatkan kerjasama mereka.

Saya yakin kalau kita dapat mengubah bandar kita sehingga lewat malam suatu hari nanti kita akan menjadi sebuah bandar yang lain dari yang lain dan ia mendatangkan banyak manfaat dalam membantu menjanakan pendapatan penduduk.

Sekian. Dato’ Yang diPertua.

No comments: