Monday, 13 September 2010

JERANTUT BANDAR MALAM (1)


Saya menerima emel dan komen dari pembaca tempatan Jerantut mengapa saya melayurayadaily/suaramajlis dan blog sri tribuana tidak minat menulis tentang Jerantut. Ya, memang benar kami belum membuat sebarang tulisan mengenainya kerana kami berpendapat bahawa bloggers Jerantut agak ramai berbanding dengan Daerah-daerah lain diPahang. Jadi kami  rasa eluklah kami menulis tentang perkara lain yang menyangkut soal-soal luar sahaja. Bagaimanapun, pada kali ini saya postkan satu teks ucapan saya ketika mesyuarat penuh Majlis Daerah Jerantut sebelum bulan ramadhan yang lalu.

Sempena Majlis Daerah Jerantut mengadakan Majlis Aidilfitri kepada semua penghuni bandar ini, maka saya rasa ada baiknya saya postkan teks ucapan saya berkenaan. Jika ada masa bacalah. Oleh kerana ucapan ini agak panjang saya postkan dua kali dan bersambung selepas post ini. TK.


Bismillahi rahmani rahim.
Salamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang berbahagia Dato’ Yang dipertua Majls Daerah Jerantut, saudari Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, rakan-rakan ahli Majlis, pegawai-pegawai, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Dato’ Yang DiPertua,

Kita telah merumuskan satu perancangan pembangunan Daerah Jerantut baru-baru ini sebagai pelan pembangunan masa hadapan Bandar Jerantut serta pusat pertumbuhan kecil sebagai feeder kepada Bandar Jerantut. Feeder tersebut adalah pekan Kuala Tembeling, Kuala Tahan, Jerantut Ferri, Simpang Jengka 8, Damak, Batu Balai dan Hulu Cheka.

Didalam perbincangan tersebut jabatan Perancang Bandar dan Desa ( JPBD) negeri Pahang telah mengemukakan dua strategi pembagunan jangka panjang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancang iaitu Jerantut sebagai daerah pertanian dan pelancungan.

Saya telah memberi kenyataan balas kepada JPBD bahawa Jerantut dibangunkan atas dua strategi itu tidak mencukupi sebagai sebuah Bandar pinggiran yang dinamik. Memandangkan diJerantut ada beberapa institusi yang potensi dikembangkan sebagai cabang IPT, seperti Pusat Perikanan Air Tawar Perlok, Pusat ABC diBukit Ketupat dan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak  maka saya minta supaya ditokok satu lagi menjadi tiga teras pembangunan. Jerantut hendaklah dibangunkan atas tiga teras utama iaitu Pertanian, Pelancungan dan Pendidikan.

Kita telah mendapat respon yang positif dari JPBD untuk tiga strategi tersebut kerana secara kebetulan JPBD juga merancang satu pusat penyelidikan di Kuala Tahan. Menyusuli pelan perancangan itu kita harus mengenal pasti kawasan tanah untuk disediakan bagi pengisian tersebut. Kita tidak mahu menghadapi masalah tapak sehingga projek tidak dilaksanakan. Sebagai contoh, MSRM Temerloh ditarik balik kerana ding dong masalah tanah hingga bertahun.

Kesempatan ini saya merakamkan ucapan tahniah kepada YB. Dato' Lau Lee kerana dengan usahanya diKementerian Buruh sebuah Advance Teknologi Colledge (ATEC) telah siap dibangunkan dan dalam proses untuk langsungkan.

Setelah kita membuat perancangan ini, dalam srtategi untuk mendapatkan lagi cabang-cabang institusi pengajian menengah dan tinggi (IPT) maka kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin politik serta orang yang boleh melobi agar dalam Rancangan Malaysia memasukan agenda pembangunan berkenaan. Sebagai Ahli Majlis, itu sudah diluar cengkaman mampu laksana.

Pada banci tahun 2010 ini kita yakin bahawa percambahan penduduk mencapai 100,000 orang berdasarkan growth nasional 3 persen tahunan. Namun demikian percambahan penduduk diJerantut agak rancak melebihi purata nasional. Ia suatu perkembangan yang baik kerana cepat percambahan penduduk, lebih bertangga buying power dikalangan masyarakat.

Jerantut adalah sebuah Bandar bahagian tengah Pahang. Kita dapat diibaratkan sebuah daerah umpama negeri Laos atau bahagian tengah Afrika. Jerantut tidak ada port, lapangan terbang untuk menarik pelaburan dibidang perindustrian. Jerantut hanya ada jalan raya Benta-Jerantut, Lipis-Jerantut, Temerloh- Jerantut, Maran Jerantut dan Jengka Jerantut, landasan keretapi KL-keTumpat. Itu sahaja.

Tidak ada pelabur yang terlintas untuk melabur secara besar-besaran kerana tiada letakan perindustrian yang cocok kecuali industry yang terkait dengan sumber asli seperti kayu kayan, batu batan dan sebagainya. Itu pun bukan industri hiliran yang menawarkan banyak peluang sebaliknya sebagai pemerosesan asas untuk mudah diangkut kepantai Barat seperti Lembah Klang dan lain-lain.

Habis Jerantut apa ada?. Nah kita ada alam terbentang yang Tuhan kurniakan seperti dua gunung iaitu Tahan dan Benum, gua KG, Hutan tropika tertua didunia, aliran Sungai Pahang, Lembah Kiol, tanah yang subur, serta kehijauan yang membiak haiwan

Habis, apa yang boleh memberikan nafas jika jumlah penduduk meningkat?. Wah.. ini soalan yang kita harus fikir lebih tajam, bersirat dan kreatif serta praktikal dengan landskap daerah ini. Kita boleh mencipta bermacam-macam vision tetapi adakah ianya praktikal untuk ditangani supaya ianya bernadi ?. Jika kita merancang apa yang tidak praktikal nanti orang kata kita gila pula.

Baiklah, kalau begitu bagaimana?. Seperti yang saya katakan tadi kita harus kreatif, inovatif dan praktikal. Pertama, sebagai ahli Majlis kita harus melihat lebih fokus kepada ruang Bandar Jerantut ini sendiri sebagai pusat dagang yang membina growth ekonomi serta peluang kepada masyarakat. Ini berasaskan kepada falasafah Ibnu Khaldun bahawa ‘ tamadun manusia bermula dari kota’

Dato'Yang DiPertua, saudara saudari sekelian.
Bandar adalah ruang pasar yang dampaknya amat besar kepada masyarakat kerana masyarakat sekitar terangsang oleh aktiviti dagang dibandar. Bandar adalah gedung induk dimana muara kepada anak-anak sungai ekonomi desa. Bertapa pantasnya dibandar menyedut hasil mahsul akan pantas juga diperdesaan untuk meningkatkan keluaran. Itu logiknya.

Sebab itulah Bandar terbangun bukan terkembang secara natural sebaliknya ia dirancang berjangka dan kita harus melihat dengan mata hati kita apakah bayangan masa hadapan biarpun 50 atau seratus tahun lagi. Kita bukan sahaja dapat menyusun pembangunan fizikal premis-premis perniagaan semata-mata tetapi mampu menggambarkan dalam otak kita aktiviti mereka yang berbagai dengan penuh sibuk dan meriah.

Soalnya apakah kita ingin mencipta satu bentuk pembangunan yang streotype dengan Bandar-bandar lain seangkatan atau suatu kelainan yang tidak menyamai bandar-bandar lain sebagai identiti dan keistimewaan kita ? Jika idea kita sama dengan daerah lain, sudah pasti kita hanya dapat hidup tanpa kelebihan apa-apa. Dengan itu kita wajar menjana pembangunan berbeza sebagai pemacu kita jauh kehadapan dan terdaftar didalam pemikiran penetap dan pengunjung bahawa Jerantut sebuah Bandar yang ‘lain dari lainnya’ dan nikmat untuk didiami serta dikunjungi kerap kali.


Bersambung...

No comments: