SISTEM PIRAMID
Man tv telah mengkaji semula asal usul bisnesnya dimana sekarang Man sudah dapat menabung kira-kira 200 ribu dalam ASB. Dia 100 ribu dan isterinya 100 ribu. Di Bank Sinpanan Nasional Man ada 30 ribu dan di Bank Bumiputera (sekarang CIMB) 40 ribu. Sambil duduk dalam pintu kedai bertutup seorang diri Man melakar-lakarkan kertas dengan sebatang pen. Man tidak boleh lupa pada saat mula bagaimana nasib menyebelahinya untuk berubah seluruh kehidupan.
Man ingat jelas pada mula hantar tv adalah Pak Alang. Kedua Budin. Ketiga Cek Lah. Keempat, Deraman dan kelima, Esah. Lepas itu tak ingat lagi sebab terlalu banyak bersusun-susun. Rengkasnya Man ingat muka-muka Pak Alang, Budin, Cek Lah, Deraman, dan Esah. Man lakar pada kertas A, B, C, D dan E.
A rosak, ambil alat B. B ambil alat C. C ambil alat D. D ambil alat E dan seterusnya F sampai Z dan pusing lagi. Satu sen Man tidak keluar modal.
Tiba-tiba Man Tv terfikir, Jika dalam bentuk wang bahagimana ?. Seorang simpan seratus pada Man. Cukup dua minggu Man Pulang 10%. Sebulan 20% . Tentu mereka suka untuk jadi pelabur dalam perniagaan Man Tv. Sama juga konsepnya Duit A, dibayar dari duit B, Duit B dibayar duit C, Duit C dibayar dari duit E dan seterusnya. Man bayang kalau semakin ramai melabur Man akan makan faedah Bank pun sudah bagus sudah boleh jadi kaya. Bisnes ini, sejauh mana fikiran cekap untuk pusing modal dan kempen bagi orang sertai nya.
Kebesukannya pagi-pagi lagi Man telah pusing keliling cari kawan-kawannya untuk ajak minum pagi sambil mendengar rancangan bisnes baru Man. Man menerangkan kepada lima orang kawannya untuk menjadi pelabur pertama dan sekali gus dilantik jadi ejen besar. Kawan-kawannya setuju untuk memulakan perniagaan mengikut perancangan Man tv.
Masing-masing ada melabur 1000, ada 2000, ada 4000 dan ada juga modal kecil mula dengan 500 dan janji pulangan hasil 10% setiap dua minggu. Setelah dua minggu Man panggil kawan-kawannya itu untuk terima bayaran deviden. Wah, hebat kata mereka. Sampai hujung bulan Man Tv bayar lagi deviden 10%. Seterusnya apabila masuk 5 bulan mereka sudah untung 100%. Diantara lima orang pertama ini juga telah membawa masuk tidak kurang 30 pelabur baru. Mereka sudah mabuk untuk melihat hasil lebih besar. Ada yang pinjam koperasi, pinjam bank, gadai tanah dan berbagai lagi untuk menggandakan pelaburan. Sudah ada dikalangan mereka goyang kaki dikedai kopi dan mula terasa mual bau lumpur bendang.
Cerita dari mulut kemulut berkembang serata kampung. Ejen-ejen sibuk mengecek pelabur baru supaya masuk. Mereka gempar-gemparkan hari terima deviden supaya orang lihat. Ejen-ejen Man Tv membayar deviden terbuka dikedai kopi. Orang semua buka mata. Jumpa ejen ingin untuk cuba. Bila cuba tidak puas hati terpaksa ganda pelaburan. Ejen-ejen sejak setahun berjalan sudah ada beli kereta second hand, motor baru. Man Tv sudah pakai pemandu. Pelanggan semakin ramai. Orang ramai sudah sukar mahu melihat wajah Man Tv Lagi. Nama Man cukup popular seperti nama ' Mawi' satu ketika. Tiba tiba sahaja nama Man Orang panggil Pak Man Tv. Jadi kekal nama Pak Man Tv itu.
Pak Man Tv terima duit pelabur dari ejen cara tunai. Senarai nama pada buku salinan tebal dicatit simpan berapa, bila dan berapa tarikh menerima deviden dan dibawah tangan ejen mana. Selepas setahun setengah hanya ejen boleh jumpa Pak man Tv. Pelabur hanya boleh bertemu ejen-ejen yang kian membiak. Pak Man Tv, terima duit dari kutipan ejen hanya campak dalam guni bawah dan belakang Meja. Tiap-tiap petang jam 2.30 Van Pak Man hantar simpan duit diBank Bumiputera Alor Star. Setiap kali simpan paling kurang dua guni . Peti Besi Pejabat Pak Man penuh tunai. Itu persediaan untuk bayar deviden tiap-tiap dua minggu.
Pelabur-pelabur bukan sahaja orang kampung malah pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, peniaga dan polis pun ikut sama melabur. Dalam masa setahun setengah, pelabur Pak Man Tv sudah ada ejen datang dari Pulau Pinang dan Utara Perak. Ejen-ejen berulang alik kePekan kecil itu bagi menyerahkan pelaburan dan mengambil deviden atau bonus untuk anak kakinya. Anak Saudara Pak man Tv sudah mula melebarkan sayap keKuala Lumpur dan sudah mula dapat sambutan.
bersambung......>>>>>
No comments:
Post a Comment