Sempena Pembentangan Bajet 2011 diambang RMK 10 ada baiknya juga kita mencari jalan untuk menyuarakan pandangan kita kepada pihak pucuk pimpinan melalui ruang media sosial kerana kita tidak berkesempatan untuk berbicara diruang khusus atau mana dewan rasmi.
Semoga pesanan ini sampai keperhatian pihak pemerintah dan jentera pelaksana khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan wilayah, Kementerian Kerjaraya serta kerajaan negeri Pahang. Diruang ini juga kita merayu agar Pahang Barat menjadi tumpuan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang dilancarkan oleh PM Najib baru-baru ini.
Istilah Pahang Barat sudah jarang digunakan selepas tahun 2000. Ia dimatikan kerana pemimpin tidak lagi mahu membeza-bezakan dengan mana-mana wilayah diPahang. Jika dahulu bila disebut Pahang Barat, membawa pengertian kawasan hulu dan ketinggalan dalam zaman dalam kontek pembangunan.
Pahang Barat adalah wilayah yang meliputi lima daerah iaitu Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highland dan Jerantut. Wilayah ini agak luas dan berbukit bukau. Dua buah gunung yang terdapat diWilayah ini iaitu gunung Tahan dan gunung Benum. Pahang Barat adalah jajaran banjaran titiwangsa yang menganjur dari utara keselatan negara ini.
Densiti penduduknya agak rendah dan bergantung kepada sektor pertanian. Wilayah ini kaya dengan sumber asli seperti air, kayu-kayan, batu-batan dan bahan galian. Namun demikain ia tidak memberi faedah secara langsung kepada penduduk tempatan. Mereka yang mendapat faedah adalah dikalangan orang yang rapat dengan kuasa. Biasalah harta karun.
Sekitar tahun 1996 keatas wilayah ini agak cerah kerana laluan jalan raya dari Bentong- Raub- Benta-Lipis siap dibina sekitar 2006. Jerantut – Temerloh Juga lebih kurang sama. Bagaimanapun Jalan dari Maran-Jengka 8- Jerantut – Benta siap beruas-ruas dianggarakan belum mencecah 30 peratus. Sepanjang lauan itu masih malap.
Ada dua sebab utama mengapa jalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya padahal ia adalah bermula dari RMK Lapan. Pertama Kerajaan tidak mempunyai peruntukan. Kedua, Perlantikan kontraktor yang tidak berwibawa menyebabkan terbengkalai.
Penduduk sepanjang laluan Maran-Jengka8- Jerantut- Benta amat bergantung harap kepada inisiatif PM Najib untuk melaksanakan pembangunan itu dalam tempuh RMK 10. Jika dalam tempuh pemerintahannya itu tidak juga dapat dilaksanakan maka mereka kira tutup buku dan gunakanlah seadanya.
Beberapa ahli Parlimen dan Exco kerajaan yang menjaga kemudahan asas yang handal berkhidmat malah datangnya dari laluan jalur itu juga tidak berupaya merencanakan pembangunan tersebut menjadi persoalan rakyat. Terdapat seorang Ahli Parlimen, bila saya bertanya mengapa jalan itu masih tersangkut?. Jawabnya mudah “ tidak perlu dilaksanakan kerana hanya lima buah kereta sahaja lalu pada setiap hari”.
Saya tidak berpuas hati maka saya sendiri telah membuat survey secara pemerhatian, dalam tempuh satu jam jalan itu disatu lokasi terdapat tidak kurang 50 buah berbagai jenis pergi dan balik pada waktu siang ( tengah hari). Begitulah jika pemimpin tidak perhatin pada masalah rakyat.
Pahang Barat bukanlah satu wilayah letakan perindustrian yang baik untuk pemodal melabur. Kecuali IKS yang bersangkut dengan sumber asli tempatan seperti industri kayu kayan, getah dan sawit serta batu batan. Industri yang ada bukanlah mengeluarkan barang siap sebaliknya pemerosesan hanya untuk mudah diangkut ketempat lain khususnya kelembah Klang.
Tidak banyak peluang pekerjaan ditawarkan oleh pihak swasta menyebabkan tenaga produktif khususnya golongan muda meninggalkan wilayah itu untuk mengisi peluang pekerjaan kawasan kebandar-bandar besar. Sebahagian besar wilayah Pahang Barat didiami oleh tenaga tidak produktif dan usia emas. Itulah yang menyebabkan wilayah itu bertambah malap.
Bersambung.....
1 comment:
Salam SM.
Manakan tidak Ahli Parlimen tu jawab begitu !,kerana ada sebab. Pertama, Dia tidak menetap dalam parlimen, hanya sebagai pelancong beberapa harian dan malaman saja, lepas itubalik ke Kolumpur. Ini kan berterusan sejak Datok Kojek hingga yang sekarang ni. Kedua , dalam perjalanan melancong ke Jerantut, dia meretoh @ tidor, mana nak tahu jumlah kereta yang lalu lalag. Ketiga dia pakai cermin mata hitam atau cermin kereta hitam, tak jelas nampak. Jadi satu polisi perlu ada, Ahli Parlimen Jerantut mesti menetap dalam Parlimen nya, setiap masa ada di kawasan kecauali ada mesyuarat di luar. Macam mana Sm boleh kah?
Post a Comment