Monday, 23 August 2010

NYARIS MASUK LOKAP

Alam dan manusia - bisnes disekitar kita


Sekitar awal bulan Jun baru ni.. saya terima call dari rakan FB. Ajak jumpa. Oleh kerana saya sibuk, saya tak dapat jumpa. Setiap hari dia call.... akhirnya saya mengalah. Malam, saya pergi dekat Sunway Matahari dia tunggu disana. Pusing-pusing cari tempat jumpalah.

Hus... awek. Boleh tahan gak. Cairlah. Minum tea tarik, sambil berbual. Dia bagi tahu saya, dia cik gu sekitar kuala Lumpur. Master digree dari UM. Dia ambil cuti tanpa gaji untuk tumpu bisnes sekarang. Apa bisnes ? ooh nanti dia akan terangkan. Kenalan dulu. Loaded ! dia belanja saya.

Area itu sibuk betul dah hampir pukul 10 malam. Katanya sampai pagi. Sport car berbaris tidak kurang 15 buah. Beratus-ratus orang silih berganti keluar masuk bangunan hujung Sunway Matahari itu. "You see.... katanya. "itu barisan sport car semua orang yang berjaya !". Saya  bilang pada dia " hebat !". "Area ni.. you lihat semua keta mewah-mewah".

Dia ajak saya kedalam bangunan, hall tingkat bawah. Dia terangkan kepada saya apakah corak binesnya. Pada awalnya saya agak terkejut, ramai dalam hall itu masing-masing mendengar penerangan mengadap meja bulat dengan perunding (ejen kot) masing-masing.

Begini katanya. "Ada tiga skim pelaburan. Satu tahap RM 40 ribu. Kedua tahap RM 10 ribu dan ketiga tahap RM 5000 kebawah. Tahap pertama itu, jika you labur RM 40 ribu,  secara automatik you dapat bonus tidak kurang RM 5000 beberapa hari selepas itu. Lepas itu you disyaratkan bawa tidak kurang tiga pelabur pula. Jika mereka jadi melabur RM 40 ribu, you akan dapat bonus RM 5000 setiap orang. Kemudian syaratnya sama kepada mereka bertiga itu. Setiap orang yang dibawah tangan you bawa pelabur, you akan dapat bonus tidak kurang RM5000. Jika tiga orang itu jadi maknanya you dapat RM15 ribu. Mudah".

Saya pun fikir, jika saya gagal bawa pelabur?. RM 40 ribu itu hangus. Hush.. tak fasal-fasal saya kena kerja kuat cari orang nak keluarkan duit saya terlekat itu. Huu... gitu rupanya sistem piramid.

Dia bawa jumpa taukey pangkat "Diamond". Taukey muda itu lihat muka saya dia terus kata saya ada potensi naik cepat. Bila saya start labur RM40 ribu dia terus bagi saya top ranking. Saya pun cepat minta diri . Dalam otak saya fikir... adui ramainya mangsa skim cepat kaya ini. Melayu pula semuanya. Taukeynya jika dilhat senarai lembaga pengarahnya ada seorang melayu entah Datuk mana. Yang lain semua cina.

Saya mendiamkan diri. Cuma saya sedih lihat ramai bangsa saya tertipu. Emmm fikir-fikir gasaklah. Dia orang ini kalau tak lalui sendiri susah nak kita cakap. Dah kena baru tahu. Itu pun ada yang tak serik. Cik gu selalu call saya jadi ke masuk ?. Saya jawab bahawa saya tengah fikir-fikir. Sabarlah. Saya tak mahu bagi jawapan 'tidak' takut kawan kecil hati.  Akhirnya dia give up !.

Sekitar hujung bulan Julai, saya baca muka depan Utusan Malaysia Skim cepat kaya dibandar Sunway Matahari dah kena pedap semuanya. Polis dan Kementerian Perdagangan dalam negeri telah buat rush. Semua top ranking masuk dalam black maria. Huu... kalau tidak saya pun sama!. Kena lokap.

Emm..... tak dapat kira, agaknya puluh ribuan tepuk kepala !.

No comments: