Friday 21 January 2011

KONTRAKTOR HARUS MENGUBAH DIRI SEGERA DALAM IT



                                                                          datuk seri shaziman abu mansor menteri kerjaraya nakaysia.

Menteri kerjaraya semalam 19/1/2011 telah mengumumkan pembaharuan yang dibuat oleh Kementeriannya bahawa kontraktor boleh membina tawaran kerja melaluai cara online adalah satu perkembangan yang baik  dan mengurangkan pembaziran masa  oleh golongan yang terlibat dalam sector itu.

Dalam  perkembangan dunia IT hari ini, system konvensional menerusi  pengisian borang  adalah cara lama yang patut dihapuskan bukan sahaja diKementerian Kerjaraya malah seluruh ejensi yang menawarkan tender kepada pembida.

Dasar atau peraturan ini mempunyai serampang dua mata. Pertama, menjimatkan masa  dan kedua,  menerapkan teknologi alaf baru kepada golongan pembida tender. Dengan adanya  perubahan itu dari sekecil-kecil kelas pembida hingga kesebesar-besarnya harus mengubah diri memantapkan teknologi IT jika tidak akan ketinggalan zaman.

Saya percaya, para kontraktor akan mengubah diri mereka jika mereka ingin terus kembang dalam sector itu. Dengan adanya pembidaan melalui online juga akan mengurangkan kos, kesesakan lalu lintas, perayauan dikantor-kantor kerajaan hingga menjadi sibuk tidak menentu mencari peluang pekerjaan atau tawaran.

Tambahan pula sekarang ini ramai generasi baru yang lahir dengan berbagai peringkat kelulusan dalam IT tidak mempunyai peluang pekerjaan, maka tenaga dan kemahiran mereka diperlukan disektor itu sekali gus penyediaan peluang pekerjaan kepada graduan lulusan IT. Itu satu kebijaksanaan umum bagi mengatasi pengangguran.

Bagaimanapun, harus ada satu  makanisma bahawa ketelusan yang direncanakan agar tidak menjuruskan kepada  penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa dikalangan pengurusan tender. Ia harus benar-benar telus. Dari iklan hingga senarai pembida dan harganya serta keputusannya wajar dimaklum tampa disorok-sorok kepada pembida berkenaan.

Ketelusan ini juga bagi mengelak satu-satu syarikat mendapat tawaran yang banyak dalam satu masa hingga pihak lain tidak merasa. Ketelusan itu akan dapat diselaraskan disemua egensi berdasarkan  dokumentasi yang terpungut dan pembida  tersenarai  samada mempunyai pekerjaan atau sebaliknya. Tujuannya supaya peluang disediakan oleh kerajaan tidak dibolot oleh sesuatu dua kerat kontraktor sahaja.

Dengan memicit sebiji butang di keyboard, Menteri boleh mengetahui segala maklumat tentang siapa yang mendapat apa, bila dan prestasi, serta progress kerjanya, tampa meraba-raba mencari fail lama.

Jika begitu keadaannya, pasti tidak timbul banyak lagi isu salah guna kuasa, rasuah dan ketidak telusan jika kerajaan benar-benar jujur mahu bersih dari kekotoran itu.


No comments: