Tuesday, 17 August 2010

RUNTUHNYA EMPAYAR SKIM CEPAT KAYA

sambungan (4).

Bisnes skim cepat kaya Pak Man Tv berjalan 5 tahun. Dalam awal tahun keempat skim pelaburan Pak Man Tv menuju puncak. Boleh dikatakan seluruh negeri-negeri di Semenanjung ini ada ejen dan pelabur Pak Man.

Pak Man Tv tidak lagi mengamal cara lama dalam sistem pelaburan. Pak Man telah melantik seorang bekas pengurus bank menguruskan dananya. Semua pelaburan melalui akaun bank. Ejen-ejen hanya mengantar slip bank kepada Ibu Pejabat dan segala bonus atau dividen juga dibayar melalui akaun dalam jarak masa dua minggu sekali.

Ejen-ejen Pak Man Tv juga mempunyai pejabat urusannya disetiap negeri. Ejen-ejen kecil dibawah naungan ejen-ejen negeri. Pelabur skim cepat kaya Pak Man Tv mencapai angka 300,000 orang dalam tempuh melebihi empat tahun dan purata pelaburan melebihi RM3000 seorang. Kebanyakannya mengatasi angka RM 10,000.

Pak Man Tv, telah melabur dalam hartanah pula. Tanah-tanah strategik di Alor Star, Pulau Langkawai, Pulau Pinang, Ipoh, Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka dan Tioman dibeli oleh Pak Man. Pengurus hartanah memasang telinga dimana sahaja ada tawaran jualan tanah dilokasi itu mereka akan terus mengambil kesempatan untuk dibeli. Sebuah Hotel terkemuka diLangkawi dan  sebuah diKuala Lumpur dibeli oleh Pak Man Tv.

Pak Man Tv tidak pernah tergendala dalam soal bayaran bonus dan dividen kepada pelabur. Ada pelabur-pelabur  Pak Man yang berani melabur melebihi RM 100,000 menjadi kaya dan mewah. Skim cepat kaya Pak Man diyakini oleh para pelabur pasti tidak hangus dan berbaloi.

Beberapa bulan sebelum masuk usia lima tahun Skim Cepat kaya Pak Man, terdapat desus desas bahawa pelaburan mereka mula tidak berbayar ikut jadual. Mereka yang meminjam bank, koperasi, menjual tanah mula risau. Ada yang sudah mencapai dua bulan tidak berbayar. Rupanya, ejen-ejen Pak Man sudah main kayu tiga. Mereka sudah pandai mengutip pelaburan untuk dimasukan keakaun sendiri.

Tidak puas hati memuncak hingga keluar muka hadapan akhbar perdana. Pejabat Pak Man Tv diserbu. Semua akaun Pak Man dibeku. 300,000 orang pelabur gigit jari!. Oleh kerana undang-undang penggubalan wang haram dan memungut deposit tanpa lesen Bank Negara kurang jelas pada ketika itu, Pak Man tidak diambil tindakan mahkamah. Pak Man Tv dibuang daerah kePulau Jerjak dan beberapa orang ejen kanan dibuang daerah kekawasan terpencil, dikenakan lapur diri dibalai polis setiap hari. Pelabur tidak mendapat kembali wang pelaburan mereka.

Selang tiga empat tahun selepas itu, muncul pula 'skim cepat kaya amanah saham Relong' (bukan nama sebenar). Relong itu seperti satu nama pusat pertumbuhan desa di Kuala Lipis. Cantik nama itu bukan ?. Hahahaha...... beribu orang juga jadi mangsa.  Bisnes itu bukan beroperasi di Lipis sebaliknya diKuala Lumpur. Tentu orang Pahang masih ingat !. terutama yang jatuh ditimpa tangga.

Apa yang saya ingin ingatkan disini dalam semua zaman skim cepat kaya tetap berlaku dalam cara yang berbeza. Di Itali, kerajaan Itali pernah membayar dolar to dolar kepada hampir sebahagian besar rakyatnya yang terperangkap dengan skim cepat kaya. Jika kerajaan tidak berbuat demikian, negara akan jadi huru hara rakyatnya memberontak.

Jadi belajarlah dari pengalaman orang lain dan seriklah.
Cerita ini hanyalah kisah dan teladan. Kisah benar, tetapi nama orang, tempat dan plot diubah dari cerita asal. Pada yang masih ingat peristiwa ini akan dapat menerangkan dengan jelas. Apa yang ingin disampaikan adalah pengajaran dari cerita itu.

Sunday, 15 August 2010

SKIM CEPAT KAYA MUDAH JADI GHAIRAH

sambungan (3)
SISTEM PIRAMID

Man tv telah mengkaji semula asal usul bisnesnya dimana sekarang Man sudah dapat menabung kira-kira 200 ribu dalam ASB. Dia 100 ribu dan isterinya 100 ribu. Di Bank Sinpanan Nasional Man ada 30 ribu dan di Bank Bumiputera (sekarang CIMB) 40 ribu. Sambil duduk dalam pintu kedai  bertutup seorang diri Man melakar-lakarkan kertas dengan sebatang pen. Man tidak boleh lupa pada saat mula bagaimana nasib menyebelahinya untuk berubah seluruh kehidupan.

Man ingat jelas pada mula hantar tv adalah Pak Alang. Kedua Budin. Ketiga Cek Lah. Keempat, Deraman dan kelima, Esah. Lepas itu  tak ingat lagi sebab terlalu banyak bersusun-susun. Rengkasnya Man ingat muka-muka Pak Alang, Budin, Cek Lah, Deraman, dan Esah.  Man lakar pada kertas  A, B, C, D dan E.
A rosak, ambil alat B. B ambil alat C. C ambil alat D. D ambil alat E dan seterusnya F sampai Z dan pusing lagi.  Satu sen Man tidak keluar modal.

Tiba-tiba Man Tv terfikir,  Jika dalam bentuk wang bahagimana ?.  Seorang simpan seratus pada Man. Cukup dua minggu Man Pulang  10%.  Sebulan 20% . Tentu mereka suka untuk jadi pelabur dalam perniagaan Man Tv.  Sama juga konsepnya Duit A, dibayar dari duit B, Duit B dibayar duit C, Duit C dibayar dari duit E dan seterusnya. Man bayang kalau semakin ramai melabur Man akan makan faedah Bank pun sudah bagus sudah boleh jadi kaya. Bisnes ini, sejauh mana fikiran cekap untuk pusing modal dan kempen bagi orang sertai nya.

Kebesukannya pagi-pagi lagi Man telah pusing keliling cari kawan-kawannya untuk ajak minum pagi sambil mendengar rancangan bisnes baru Man.  Man menerangkan kepada lima orang kawannya untuk menjadi pelabur pertama dan sekali gus dilantik jadi ejen besar. Kawan-kawannya setuju untuk memulakan perniagaan mengikut perancangan  Man tv.

Masing-masing ada melabur 1000,  ada 2000,  ada 4000 dan ada juga modal kecil mula dengan 500 dan janji pulangan hasil 10% setiap dua minggu. Setelah dua minggu Man panggil kawan-kawannya itu untuk terima bayaran deviden.  Wah, hebat kata mereka. Sampai hujung bulan Man Tv bayar lagi deviden 10%.  Seterusnya apabila masuk  5 bulan mereka sudah untung 100%. Diantara lima orang pertama ini juga telah membawa masuk tidak kurang 30  pelabur baru. Mereka sudah mabuk untuk melihat hasil lebih besar. Ada yang pinjam koperasi, pinjam bank, gadai tanah dan berbagai lagi untuk menggandakan pelaburan. Sudah ada dikalangan mereka goyang kaki dikedai kopi dan mula terasa mual bau lumpur bendang.

Cerita dari mulut kemulut berkembang serata kampung. Ejen-ejen sibuk mengecek pelabur baru supaya masuk. Mereka gempar-gemparkan hari terima deviden supaya orang lihat. Ejen-ejen Man Tv membayar deviden terbuka dikedai kopi. Orang semua buka mata. Jumpa ejen ingin untuk cuba. Bila cuba tidak puas hati terpaksa ganda pelaburan.  Ejen-ejen sejak setahun berjalan sudah ada beli kereta second hand, motor baru. Man Tv sudah pakai pemandu. Pelanggan semakin ramai. Orang ramai sudah sukar mahu melihat wajah Man Tv Lagi. Nama Man cukup popular seperti  nama ' Mawi' satu ketika. Tiba tiba sahaja nama Man Orang panggil Pak Man Tv. Jadi kekal nama Pak Man Tv itu.

Pak Man Tv terima duit pelabur dari ejen cara tunai. Senarai nama pada buku salinan tebal dicatit simpan berapa, bila dan berapa tarikh menerima deviden dan dibawah tangan ejen mana. Selepas setahun setengah hanya ejen boleh jumpa Pak man Tv. Pelabur hanya boleh bertemu ejen-ejen yang kian membiak. Pak Man Tv, terima duit dari kutipan ejen hanya campak dalam guni bawah dan belakang Meja. Tiap-tiap petang jam  2.30 Van Pak Man hantar simpan duit diBank Bumiputera Alor Star. Setiap kali simpan paling kurang dua guni . Peti Besi Pejabat Pak Man penuh tunai. Itu persediaan untuk bayar deviden tiap-tiap dua minggu.

Pelabur-pelabur bukan sahaja orang kampung malah pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, peniaga dan polis pun ikut sama melabur. Dalam masa setahun setengah, pelabur Pak  Man Tv sudah ada ejen datang dari Pulau Pinang dan Utara Perak. Ejen-ejen berulang alik kePekan kecil itu bagi menyerahkan pelaburan dan mengambil deviden atau bonus untuk anak kakinya. Anak Saudara Pak man Tv sudah mula melebarkan sayap  keKuala  Lumpur dan sudah mula dapat sambutan. 

bersambung......>>>>>

Saturday, 14 August 2010

SKIM CEPAT KAYA PAK MAN TV

skim cepat kaya  (2)

Man Bersiap hendak ke Alor Star mencari barang ganti tv Cek Lah. Tiba- tiba ada bunyi  hon motorsikal. Bila Man  jenguk dijendela, rupanya Deraman dengan dibelakang tempat duduk motorsikalnya sebuah tv 42 inci. Belum sempat Man turun, Deraman sudah ada dihadapan pintu dengan tv diatas bahunya. Man membantu Deraman menurunkan tv itu kelantai." Hussh..... dah sebulan tak tengok tv kata Deraman". "Ok.. nanti saya baiki" kata Man pada Deraman. Tanpa cakap banyak Deraman pun pergi.

Man terus buka  cover belakang tv Deraman untuk lihat apa masalahnya. Setelah diperiksa Man nampak satu cip sahaja gugur. Cip itu harganya hanya satu ringgit sebiji dikedai alat ganti. Man buka beberapa alat dalam tv Deraman itu untuk dipindahkan kepada tv Cek Lah yang tersadai itu. Tv Cek Lah pulih dan gambarnya cukup terang.  Man terus hantar kerumah Cek Lah.  "150 Cek" kata Man kepada Cek Lah.  "Rosaknya banyak".Tanpa panjang cerita Cek lah senyum membayar.

Sampai dirumah, ibu Man bagi tahu, ada orang nama Esah hantar tv  suruh Man baiki. Man terus buka tv Esah dan keluarkan beberapa alat untuk ganti barang rosak dan diambil dari tv Deraman.  Tv Deraman sudah bergambar baik.  Semakin hari, rumah Man semakin ramai orang hantar baiki tv. Jika dahulu rumah Man hanya ada sebiji dua tv rosak, sekarang sudah mencapai belasan biji tv sedang dibaiki. Rumah Man  sudah sesak  dengan tv rosak.

Seperti biasa Man tidak membeli alat ganti melainkan menukar ganti antara tv-tv yang ada. Akhirnya, Man terpaksa mnyewa satu ruang kedai dipekan dalam kampung itu kerana terlalu banyak orang menghantar tv pada Man. Bukan orang kampung Man sahaja, sebalik lima enam kampung disekitar hantar pada Man juga kerana mereka pun keluar kepekan kecil yang sama.

Masa berjalan, perniagaan Man semakin meningkat, Man sudah memiliki pembantu, dan Man pula menerima pelatih-pelatih On Job Training yang dihantar oleh Jabatan Belia Daerah Alor Star. Perniagaan Man Sudah meningkat menjual tv terpakai. Mana-mana  tv yang telah dibaiki melebih 6 bulan jika tidak diambil oleh tuannya, Man jual. Hal ini telah diberi notis kepada pelanggan. Semua pelanggan memahami. Jika mereka tidak mampu untuk membayarnya, mereka boleh berunding dengan Man. Man boleh menangguhkan tiga bulan kagi. Man sangat bertolak ansur dan fleksibel.

Setelah hampir tiga tahun Man berniaga, Man berkahwin dengan gadis kampungnya. Tugas man sekarang lagi mudah. Isterinya menjaga kedai dan Man mula keluar untuk mengembangkan perniagaan lain. Tiba suatu malam dibulan ramadhan,  Man melakar satu rencana perniagaan berdasarkan pengalamannya dalam membaiki tv. lakarannya berbunyi begini.........  sambung..

SKIM CEPAT KAYA


Skim cepat kaya yang mula-mula saya dengar dalam hidup saya adalah 'Pak Man Tv '. Nama ini bukan nama sebenar, kerana bulan ramadhan ini saya tidak mahu menyentuh perasaan sesiapa yang masih hidup atau yang telah mati.

Man adalah seorang pemuda lepasan pusat latihan belia Dusun Tua, Selangor. Masa itu tidak seperti sekarang, kerajaan serius untuk melatih golongan muda supaya mahir dalam satu-satu bidang. Di Dusun tua, semua kursus ada. Man memilih kursus membaiki Radio TV. Selepas dua tahun Man balik kekampung dengan bekal dalam otak penuh fius,wayar dan  valve radio dan tv.

Sampai dikampung, waktu petang ramai orang melepak dikedai kopi gempar nampak Man balik. Dua tahun tidak jumpa, Man panggil yang ada dikedai minum tea tarik sambil bercerita dua tahun hidup macam askar diDusun tua. Sekarang ramai orang sudah tahu Man boleh repair radio, player dan tv. Pada waktu itu tidak ada orang repair tv dikampung itu. Jika rosak, semua pakat hantar baiki di Alor Star, 30 minit dari kampung Man dengan motorsikal.

Berapa hari setelah Man pulang kekampung, Pak Alang hantar sebiji tv kerumah Man minta dibaiki, sudah seminggu rosak. Man terus ambil sepana dan buka. Man nampak satu wayar lucut. Man diam, kemudian dia periksa tempat lain. Tidak ada kerosakan lain kecuali wayar yang lucut itu. Perlahan Man sambung balik. Tv dipasang. Fushs gambar itu dia, cerah!. Pak Alang terus campak RM 100 pada Man, Man bilang " issshk Pak Alang banyak sangat ni". Pak Alang kata ambil lah, kalau dia bawa repair pada cina di Alor Star paling tidak RM 200. Semua orang cakap begitu.

Man sudah ada RM 100 untuk modal beli alat ganti tv atau radio yang rosak jika ada orang hantar lagi. Pak Alang goreng rata, puji Man cekap repair  tv. Disurau, kedai kopi dan dimana sahaja dia dapat berbual dengan kawan-kawannya dia akan cerita.

Dua hari selepas Pak Alang, Budin pula hantar tv sebelah pagi dan sebelah tengah hari Cek Lah juga hantar tv rosak kerumah Man. Man balik dari Alor Star, Ibunya beri tahu ada dua biji Tv orang hantar untuk dibaiki. Selepas makan Man terus buka dua-dua sekali cover belakang tv tersebut. Dua-dua tv itu jenis sony. Barang yang rosak tidak sama. Man ambil barang dari  tv Cek Lah sebagai alat ganti tv Budin. Tv Budin pulih seperti sedia kala. Bila siap Man hantar rumah Budin dengan motorsikal dan kenakan bayaran repair tv itu  RM 120. Budin senyum membayar. Murah. Kalau Alor Star cina akan minta paling kurang RM 250. Dia sudah tanya. Budin pula goreng rata, Man repair tv bagus, cekap, cepat dan murah.

Tv cek lah belum dibaiki....     bersambung...



CEPAT KAYA

Satu lagi penyakit masyarakat kita adalah ingn cepat kaya. ia berada dimana-mana tidak kira apa status sosial. Jika boleh kerja hanya sedikit atau labur hanya sedikit tuk..tuk jadi kaya. Itu sebab ramai jadi kaki ekor, beli loteri, jadi broker, puja harta karun dan masuk skim cepat kaya.

Fikiran ini bahaya kerana orang tua-tua sudah adakan perumpamaan "tidak kaya- kayak". Apa kayak itu?. Kayak itu maksudnya 'hampalah'.Ada lagi selalu orang sebut 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Lagi ? emm seperti 'anjing dengan bayang'. Ok faham.

Sebenarnya tidak ada jalan singkat untuk jadi kaya. Ada orang dari usia muda berusaha sampai tua tidak juga berjaya. Ada orang dari muda berusaha bila tua berjaya jadi kaya tetapi pada ketika itu kekayaan tidak berguna lagi kerana penuh dengan penyakit. Kekayaan digunakan hanya untuk belanja perubatan.

Ada orang jadi kaya tetapi tidak dihormati orang lain kerana kekayaannya datang dari sumber yang tidak sah. Apa sahaja boleh jadi duit tidak kira hak orang lain dia sapu. Jadi, cita-cita berjaya tapi hidup jadi kera sumbang. Kena hukum alam.

Ada orang jadi kaya tiba-tiba tuhan ambil nyawanya, anak isteri berbalah berebut harta pusaka sampai hilang tali persaudaraan. Ada yang merajuk langsung tidak mengaku keluarga. Ada juga saya pernah lihat anak orang kaya sanggup derhaka pada ibu bila bapanya meninggal kerana ingin bolot harta pusaka.

Ada orang jadi kaya, tidak sedar diri jadi kaki semua maksiat tiba-tiba takdir tuhan jatuh miskin, oleh kerana kejatuhan sekelip mata maka amat sukar untuk percaya bahawa hidupnya jadi susah. Tidak dapat menyesuaikan diri lebih seksa dari susah sebelumnya. Ramai juga yang begini.

Ada orang bila ada kuasa halalkan semua cara untuk kumpul harta kekayaan dengan jalan singkat, rasuah, salah guna kuasa dan menyeleweng untuk kepentingan peribadi. Tapi bila cukup kaya tiba-tiba duduk dalam penjara, harta dibekukan. Satu sen tidak guna.

Namun tetap ramai jadi kaya dalam keberkatan kerana usahanya yang berbaloi, suka membantu masyarakat, tidak bakhil, menggunakan harta pada jalan yang tuhan redha. Keluarganya aman, berjaya dan sangat dihormati oleh masyarakat. Kekayaan seumpama inilah kita mahukan.

Untuk jadi kaya, kena ingat bahawa disamping kekayaan sebagai amanah tuhan ada pekej lain yang kita tidak terfikir mengiringi kekayaan tersebut. Pekej itu seperti apa yang sebahagian saya sebut diatas.

Untuk jadi kaya tidak semudah pasang pelita. Memusingkan kapal yang besar tidak sama memalingkan perahu yang kecil. Kapal besar silap pusing terlanggar kapal lain jadi roboh. Silap-silap terbakar.

Umat islam harus berusaha untuk jadi kaya jika mahu islam dihormati dan diteladani. Bagaimana pun jalan untuk kita jadi kaya itu harus jelas dan jika kita jadi kaya harus tahu menguruskan kekayaan itu.

Thursday, 12 August 2010

NIPAH - NUCLEAR POWER GUNUNG BENUM

Catatan pinggir

Dua tahun lepas, Dato' Seri Dr.Jamaludin Jarjis sebelum mengakhiri jawatannya sebagai Menteri Sain, Teknologi dan Inovasi telah melawat Jerantut bertemu dengan kurang lebih 40 orang pemimpin Daerah itu. Saya dapat mencelah dan mendengar sama mesej yang disampaikannya.

Sebenarnya ada misi tersirat tetapi saya tidak menyentuh tugasan itu hanya saya tertarik kepada satu cerita pengalaman DS.JJ dikementerian Sains itu. Saya tidak tahu asal mulanya kenapa dia masuk ke cerita daun nipah dan ianya sangat menarik minat odeon yang mendengarnya pada pertemuan itu.

DS. JJ bercerita dia telah mengarah Bahagian Inovasi Kementerian  supaya mengkaji tentang khasiat daun nipah berdasarkan pemerhatian karaktor seekor beruk jantan bersama 30 ekor beruk betina diatas sepohon pokok rendang dan berhampiran pokok itu terdapat seperdu nipah.

Mengikut ceritanya, beruk jantan itu dapat menunjukan kejantanannya yang begitu 'power' sehingga kesemua 30 ekor beruk betina itu tersenyum lebar, meriah dan riang kerana mendapat layanan dan cumbuan hingga ketitisan terakhir, ranting dan daun pohon itu bergetar menyahut kenikmatan pelukan sijantan dengan penuh romantis lantas jari jemari terkepal diasaat akhir kemudian membuka sendiri perlahan-lahan. Seekor demi seekor menunggu giliran didahan yang lain. Bila beruk jantan rasa powernya berkurangan dia turun sebentar memetik daun nipah dan memakan secukupnya. Kemudian power nya datang balik dia menamatkan semua yang masih menunggu dengan sabar. Bagi menyelesai permintaan 30 ekor itu tidak memakan masa yang panjang. Barangkali, powernya itu tiada limit. Pemerhatian ini kata nya berulangkali.

Beliau mengatakan jika usaha itu berjaya, dia akan berhenti menjadi menteri untuk menjadi usahawan biotek nipah bagi dipasarkan keseluruh dunia dan dia akan jadi kaya raya hasil jualan pil power tersebut. Khasiat nipah juga barangkali boleh jadi penyembuh penyakit atau lain-lain.

Saya pun buka mulut bertanya. "Dato' seri jika daun nipah power, bagaimana 'buah nipah"?. Dia menjawab semua sekali dikaji dari akar, batang, hingga kedaun atau bunga dan buah jika ada . Saya pun fikir kalau daun bgitu punya power, buah lagi power barangkali beruk itu bukan sahaja dapat memenuhi kehendak beruk betina malah dapat memenuhi kehendak beruk jantan juga. Hehehe..hak..hak.. hak...Huish bahaya !. Rata buang bayi. Hehehe.

Dato' Seri JJ tidak menjadi menteri sains lagi, sekarang menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Kajian itu tidak diteruskan. Lain menteri lain minat. Menteri sain yang ini angau  sahaja nampaknya. Lantaklah.


WOOIYE..... DI AMERIKA TAK ADA POKOK NIPAH KER DATO' ?

Wednesday, 11 August 2010

PEMASARAN - MARKETING MYOPIA

Bahagian 7

Saya mengadaikan semua telah memahami maksud pengurusan pemasaran serta kepentingannya sebagai satu pengurusan yang baik bagi sesebuah organisasi bisnes samada kecil atau pun besar. Pengurusan pemasaran mempunyai falsafahnya tersendiri sebagai amalan tetap organisasi bisnes yang memanjat naik.

Terdapat lima cabang falsafah atau konsep pengurusan tersebut,  antaranya adalah  konsep produk, konsep pengeluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan. Barangkali ada cabang lain yang baru diperkenalkan oleh para pengkaji pemasaran namun buat masa ini saya belum dapat menemukannya.

Kita lihat dahulu konsep produk. Pengguna mempunyai gelagat memilih yang berbeza dan unik. Mereka akan membeli  sesuatu produk atau servis sekiranya produk tersebut berkualiti, berprestasi tinggi serta inovatif. Bagaimana pun ia tergantung kepada kelas sosial seseorang. Berbeza kelas sosial berbeza tingkat kualiti yang dipilih.

Kelas sosial yang dimaksudkan adalah tingkat pendapatan. Ada orang,  sangat berpuas hati terhadap kualiti kasut Belly buatan Siam dimana harga asal  1000 bath, bila ditawar mendapat separuh harga 500 bath (RM 50.00). Ada orang tahap puas hatinya dapat memakai kasut Belly berharga RM 7000.00 dari Oxford Street, London. Jadi tahap kualiti dan kepuasan hati itu berbeza-beza, bergantung kepada............

Hal yang sedemikian, pengeluar sentiasa menekankan aspek pembangunan produk yang berterusan.Lantaran itu pengeluar berusaha menumpu kepada inovasi terhadap poduknya. Contohnya, KFC pada asalnya pengeluar ayam goreng dan set-set  sokongan seperti kentang goreng dan sebagainya telah menambah jumlah hidangan berasaskan ayam kepada burger yang sebelum ini dikontrol oleh Mac Donald. Tetapi dalam versi yang berbeza.

Unilever, pada mulanya hanya pengeluar serbuk pencuci untuk kotoran biasa, hasil inovasinya diubah kepada penghilang kotoran degil. Dari serbuk kepada cecair. Seterusnya warna tidak luntur. Sekarang ini pula produk stainshield.

Dalam perniagaan kecil seperti bisnes makanan juga sebenarnya memerlukan inovasi dan mengkaji gelagat pelanggan. Samada penambah baikan rasa, perkhidmatan, pilihan sokongan hidangan dan sebagainya. Sikap tidak puas hati pada tahap yang ada perlu disemai. Barangkali, produk hidangan sangat baik, tetapi lemah didalam servis juga perlu dibaiki dan konsisten.

Harus diingat kadang-kadang konsep produk ini terdorong keperangkap marketing myopia. Lor.. binatang apa pula itu?. maknanya pandangan sempit dalam bisnes. Sempit?, sempit bagaimana?. Begini contohnya. Kita berfikir bahawa pada waktu malam pelanggan suka masakan panas 'ala siam' maka kita pun menyediakan banyak jenis hidangan makanan tersebut. Berbaris dan bermuka-muka menu adalah makanan ala Thai.

Sebenarnya apa yang berlaku, pelanggan memerlukan makanan lain seperti nasi lemak, ikan bakar, asam pedas, masakan cina dan sebagainya. Akibat dari myopia pemasaran  yang mementingkan hidangan siam itu kita tidak dapat menyelesaikan selera pengguna, maka peluang terbaik itu diambil alih oleh  peniaga lain kemudian menjadi pesaing utama bersebelahan dengan kita.

TELUR MATANG

catatan pinggir
Terima kasih kepada Cik Nadia Hezlin Y. Lecturer Pemasaran yang masih muda dan matang. Entah dimana sekarang!.

Saya menulis bidang bisnes ini jauh dari lubuk hati saya untuk mengajar itik berenang  melainkan bagi mengisi masa lapang saya agar lebih bemakna. Selain dari itu, dapat mempelbagaikan maklumat dalam bidang maya supaya banyak pilihan dalam minat membaca.

Laman ini adalah satu catatan pinggir yang bebas dan sesiapa yang menemuinya, jika berminat untuk membacanya bolehlah bekongsi fikiran bersama. Ia adalah satu nota peribadi saya, bagi mengingati diri saya ketika mengulangi apa yang saya belajar bertahun-tahun dikuliah dalam bidang pengurusan perniagaan. 

Tidak semua, melainkan apa yang menjadi minat saya untuk mengkaji lebih dalam sesuatu yang belum saya ketahui. Kadang-kadang saya merasa semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Begitulah luasnya ilmu yang tuhan tunjukan kepada kita jika kita berusaha dan berdoa untuk mengetahuinya.

Dalam menimba ilmu, ianya seperti air di lautan, semakin ditimba semakin banyak dan tidak pernah surut. Kelebihannya, kita brfikiran luas kerana sesuatu perkara kita ada kebolehan melihat berbagai sudut. Itulah kematangan.  Ini bukan sahaja kita belajar dibilik kuliah atau pondok sebaliknya alam terbentang dijadikan guru.

Di Indonesia, jika mereka kata telur setengah matang itu bermakna telur rebus separuh masak. Jadi telur matang itu sendiri kita faham maknanya. Oleh itu, fikiran  matang itu seperti telur rebus penuh masak yang   dijadikan  cendera hati majlis kahwin itulah agaknya. Wallahu alam. Hehehe betul ke?

Tuesday, 10 August 2010

APA PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP KONSEP PERNIAGAAN ORANG MELAYU

Bahagian 6

Ann Wan Seng (2006) dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina ada beberapa bab menyentuh tentang gaya perniagaan orang melayu menurut pandangannya. Saya petik sebahagian dari bab 4, Konsep Bisnes Orang Cina untuk kita menilai ;

".. ..Konsep Perniagaan orang cina lebih berdasarkan prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap-  melengkapi antara mereka. Mengikut konsep ini  jika ada peniaga yang menjual barang runcit, maka peniaga lain akan menjual barang basah dan keperluan lain. Bagi membolehkan perniagaan runcit itu hidup, orang cina membuka kawasan restoran dikawasan berhampiran dimana segala bekalannya akan diperoleh daripada kedai-kedai yang berada disekitar. Dengan demikian, perniagaan dikawasan itu akan berkembang pesat kerana wujud sokongan dan dukungan yang kuat di kalangan peniaga.

Konsep perniagaan orang cina tidak sama dengan konsep berniaga orang melayu. Orang cina tidak suka 'makan' atau mencari keuntungan seorang. Mereka tidak digalakan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya jika boleh, mereka perlu berkongsi segala keuntungan yang diperoleh dengan peniaga lain. Peniaga tidak boleh mementingkan diri sendiri. Mereka kena memikirkan orang lain. Ini kerana tidak ada peniaga boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung pada peniaga lain samada bagi mendapatkan bekalan, pelanggan dan kemahiran. Konsep ini penting bagi menjamin kejayaan sesuatu perniagaan. Tapi malangnya  konsep itu gagal diterjemahkan oleh orang melayu dalam bidang perniagaan. Akibatnya, berlaku persaingan negatif yang akhirnya menghancurkan keseluruhan perniagaan orang melayu.

Seringkali berlaku peniaga melayu yang suka berniaga barang yang sama dikawasan yang sama. Jika satu gerai jual tomyam, maka semua gerai akan menjual makanan yang sama. Jika ada yang menjual kueh, maka keesukan harinya akan bercambah gerai-gerai lain yang menjual kueh. Perkara ini seolah-olah menjadi suatu budaya dan trend dikalangan peniaga melayu tidak kira dimana sahaja mereka membuka perniagaan. Konsep perniagaan sebegini tidak menguntungkan dan menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Akhirnya  bukan semua peniaga mendapat untung, tetapi semua terpaksa gulung tikar atau bertukar bantal. Keadaan ini turut dapat diperhatikan pada bulan puasa. Pada waktu itu akan muncul ramai peniaga segera bak cendawan selepas hujan. Mereka berniaga bagi mendapatkan keuntungan dalam jangka masa singkat dan akan berehat apabila berakhirnya bulan ramadhan. Peniaga 'ala mee maggi' tidak akan berupaya menjadikan peniaga itu berjaya didalam lapangan perniagaan Ramai yang muncul secara tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba.

Peniaga jenis kulat dan cendawan tidak mempunyai ruang dalam dunia niaga orang cina. Golongan ini tidak layak diiktiraf sebagai peniaga dan usahawan yang sepatutnya menunjukkan kesungguhan dan komitmen yzng tinggi supaya terus berniaga tanpa mengira musim. Orang cina tidak suka berniaga secara bermusim walaupun ada diantara mereka  mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Berniaga kecil-kecilan lebih baik dari berniaga bermusim kerana peniaga itu mempunyai peluang untuk berkembang. Peniaga bermusim bukan sahaja tidak boleh berkembang tetapi akan menghadapi masalah modal dan kecairan tunai bagi memulakan perniagaan. Mereka berniaga bagi mendapatkan duit poket dan duit belanja. Pada hal, peniaga perlu meletakkan keuntungan sebagai objektif utama perniagaannya. Wang yang digunakan bagi menghasilkan wang. Wang digunakan bagi melabur dan menambah modal perniagaan. Wang tidak sepatutnya dibelanjakan lebih-lebih lagi jika ia adalah keuntungan dari daripada perniagaan....."

Demikian imbasan ringkas dari bab 4  tulisan Ann Wan Seng pandangannya terhadap konsep perniagaan orang melayu. Kita harus akui walaupun ada banyak alasan mengapa jadi begitu. Memang benar pandangan itu, boleh dikatakan bahawa banyak cabang kita berfikir bahawa 'hidup ini sementara' kerana falsafah kesementaraan itu mengakari fikiran masyarakat kita. Untuk melihat falsafah kesementaran ini lebih luas klik blog melayurayadaily....

Monday, 9 August 2010

FIKIRAN BISNES ‘ALA CENDAWAN’ TIDAK MEMBANGUN USAHAWAN MELAYU

Bahagian 5

Pemikiran bisnes yang bersifat sementara tidak akan membangunkan usahawan melayu. Ini adalah satu pemikiran orang pahang bilang ‘ ikut labut orang ramai’. Maksudnya berfikir ikut trend orang ramai. Dalam pembangunan usahawan kita mencari fikiran yang berbeza atau luar biasa dan konsisten. Inovatif.

Berpijak atas pemikiran serupa itulah apabila terdapat satu kawasan perniagaan yang penuh dengan orang melayu berniaga barangan yang sama. Contohnya, kawasan food centre. Jika ada dua puluh buah gerai jualan makanan hampir sama. Dari hujung sampai kepangkal, jika jual tomyam, semuanya tomyam.

Tomyam, mi sop, mi celor, mi goreng, mi ladna. mi bandung , bihun goreng, bihun rebus, nasi goreng macam-macam goreng, semua ala siam. Yang tidak pandai masak siam pun ikut masak siam. Jadi tomyam siam ada berbagai rasa manis, masam, masin, pedas, serai, daun limau, langkuas, perasa udang dan himpunan segala rasa maka tomyam kita rasa air asam atau macam rasa asam pedas atau rasa singgang !.

Kemudian pelanggan datang sekali tidak memuaskan, mereka tidak datang lagi. Bila restoran kosong sedangkan gerai sebelah penuh sesak maka kita kata orang sebelah pakai ilmu siam, ilmu hitam atau paling tidak kita kata orang sebelah masuk 'ganja' dalam tomyam kah..kah..kah..

Jika kita ingin membuka sebuah perniagaan dalam bidang permakananlah misalnya, nampak mudah. Ada ruang kemudian susun kerusi meja, seterusnya sedia ruang dapur dan beli barangan mentah, kemudian gantung sedikit kangkung dan kailan pada cermin kaca, wah sudah jadi kedai tomyam. Senang bukan?.

Tidak begitu, sebelum kita membuka restoran atau apa-apa bentuk ruang niaga kita lihat kedalam diri kita. Apa skill atau kemahiran serta keistimewaan kita ada ?. Sekurang-kurang dua tiga jenis masakan kita, memang kita sendiri rasa sedap dan jika orang lain pun makan rasa sedap. Itu akan kita jadikan ‘main’ atau hidangan utama. Sudah memadai. Orang rasa sekali berasap… mereka pasti datang lagi.

Di Temerloh, ada sebuah restoran masakan  tempoyak ikan patin. Restoran itu meletup, hari-hari minggu ramai orang datang dari Kuala Lumpur turun khusus untuk makan siang ikan patin !. Masakan lain tidaklah berapa special sangat tetapi masakan ikan patin itu yang menjadi pilihan utama. Sudahlah makan disitu, bungkus bawa pulang lagi.

DiJerantut, Restoran L & L, masakan tempoyak ikan patin original Sungai Pahang, lewat sampai sahaja menjelang tengah hari habis !. Pegawai Kerajaan dari seluruh Malaysia jika turun keJerantut tidak sah kalau tidak makan disitu. Ahli- ahli perniagaan yang mera’ikan pegawai-pegawai kerajaan juga disitu. Walaupun mahal sedikit tetapi berbaloi.

Itulah pentingnya ilmu dan kemahiran. Banyak lagilah contoh-contoh seperti diKuala Lumpur, restoran ayam kampung sebelah TPCA, Nasi lemak antarabangsa, Singgang ikan di UMNO lama, Zainol nasi kandar di PJ, Nasi kandar dikampung Atap, Kepala kari ikan diStadium adalah contoh popular.

Mengapa mereka popular ? kerana mereka mempunyai skill dan kemahiran. Rasa kemarin sama rasa semalam. Rasa semalam sama rasa hari ini, esuk dan seterusnya. Mereka menyelidik dan sentiasa meningkatkan mutu, rasa, perkhidmatan dan sebagainya. Sebab itu mereka maju. Ayam kampung dan Nasi lemak antarabangsa sudah meluas difrancaiskan.

Oleh itu, sebelum membuka perniagaan kita harus besedia dahulu apa yang kita ingin ketengahkan. Soalnya pengurusan perniagaan kurang tahu tidak apa. Buat dahulu nanti kita akan tahu. Apa yang penting disini “ apa yang kita tawarkan kepada pelanggan” ia mesti jelas.

Sunday, 8 August 2010

ADA RASA TAKUT BILA DATANG HARI RAYA

Bahagian 4

Ada banyak sebab kenapa kita kata bulan puasa itu tuhan taburkan rezki lebih dari bulan biasa. Pada hal ia sama dengan bulan-bulan lain juga. Pertama, kerana perbezaan waktu makan ia itu bertukar dari makan siang kepada makan waktu malam. Sepanjang siang samada untuk dirumah dan diluar kita berbelanja tidak mengira waktu. Ada kala 'cincai' sahaja sebab kita boleh makan pada bila-bila  rasa lapar. Jika dibandar pilihan banyak. Teh tarik dan roti canai pun sudah memadai.

Dibulan puasa segala apa yang kita beli adalah untuk persediaan makan pada waktu malam. Jika kita beli waktu pagi pun adalah barang disedia untuk malam. Jadi buat apa kita terlalu awal untuk sedia makanan untuk waktu malam ?. Nah..  semua orang fikir waktu petang adalah terbaik untuk sedia makanan waktu malam. Sebilangan besarnya pula fikir, buat apa susah-susah masak lebih baik beli sahaja makanan yang sudah siap tinggal hidang sahaja?. Jadi sebilangan besar fikir begitu, semua menyerbu kepasar ramadhan.

Ekonomi baik, serbuan lagi memuncak. Peniaga-peniaga seperti kera jatuh anak melayani pelanggan. Sedap tidak sedap habis. Berapa harga sahaja bayar!. Ada peniaga balik awal kerana barang jualan habis. Esuk tambah lagi, habis juga. Situasi ini dapat dilihat dan dirasai oleh semua pengunjung. Mulut melayu juga kalau untung heboh.. cerita pada jiran-jiran, kawan-kawan " Woii minah! aku untung besar bulan puasa ni".  Ada kata " huss tak cukup tangan sambut duit dari pelanggan". Ada kata " seribu sari untung". Ada pula " pepalih seronoknya berniaga dipasar ramadhan, sedar-sedar dah malam raya".

Apabila masuk sahaja hari puasa pertama, mula ramai yang berfikir untuk bersedia menyambut hari raya. Sudah mula berdikit-dikit shopping. Pakaian, peralatan untuk kueh mueh, perhiasan rumah seterusnya ada yang terfikir tukar perabut.

Jadi kedudukan hari hari raya bergantung kepada sebanyak mana jumlah wang dalam tangan. Jika besar jumlahnya hati pun ikut besar dan meriah. Ada yang beli pakaian tujuh pasang untuk tujuh hari. Sehari sepasang. Ada yang sekadar apa yang ada. Jika kurang wang hari raya bertukar menjadi hari sedih. Hari air mata. Terkilan melihat anak-anak tidak sama dengan anak orang lain. Terkilan sana, terkilan sini. Jadi hari raya tidak bermakna. Walau pun cuba memujuk perasaan sendiri, tetapi kesedihan tetap datang. Air mata asyek bertakung ditepi mata.

Kadang kala, hari raya menjadi hari yang menakutkan. Hari yang boleh jadi hari air mata yang mengalir bila mendengar takbir. Hari yang menjadi semua terkenang bila dalam keadaan susah. Hari yang datangnya insaf bahawa hidup bergantung pada anugrah tuhan.

Sekuat mana kita menyembunyikan kesusahan kita dari orang lain, tetapi kita tidak boleh menyorok pada diri sendiri. Suasana sekeliling yang membezakan kita dengan orang lain. Walau pun ada orang lain sama dengan kita dalam keadaan susah, tetapi kesenangan orang terbanyak boleh menghilangkan imej kesusahan bilangan orang yang kecil itu. Semua nampak senang dan meriah. Pada hal dalam hati kita berjeruk rasa kepedihan.

Orang yang berharta, wang yang banyak serta berpendapatan tinggi tidak merasa apa yang dirasai oleh orang susah. Mereka hanya memahami sedikit tetapi tidak sama antara bahu yang memikul. 

Itu sebabnya, pada bulan puasa orang akan belanja sebesar mana wang yang ada dalam tangan mereka untuk menyenangkan perasaan sendiri dan melihat anak-anak serta kaum keluarga gembira dan meriah. Itulah gunanya hasil kerja kuat, cari wang siang malam, pecah kepala berebut kuasa dalam politik, siang malam belajar untuk dapat gaji besar serta kalang kabut berniaga setahun sekali berusaha untuk menyenangkan hati.

Pemerhatian, percakapan, pengalaman serta gelagat  inilah antara sebabnya tumbuh peniaga cendawan pada bulan puasa sebagai respon kepada gelagat pengguna pada bulan itu.

Jadi saya huraikan serba ringkas mengapa bulan puasa itu agak luar biasa umat islam berbelanja, saudara tafsirlah sendiri bagaimana Allah swt menjadikan bulan ramadhan itu sebagai bulan berbeza dari bulan-bulan lain.

BETUL KE SUMBER REZKI LEBIH PADA BULAN PUASA?

Bahagian 3

Apa benar pada sepanjang bulan puasa tuhan taburi lebih rezki dari bulan biasa? Adui... itu soalan susah. Jika peperikasaan keluar soalan itu boleh jadi markah tinggi, atau boleh jadi tidak lulus seterusnya mungkin paras hidung. Tidak ada soalan lain ke?  itu kena  cari ulama' untuk jawapan tepat kerana mereka tahu hadis, tafsir Al Qur an !.

Hai.. itu pun kena cari ulama'?. Habis... ulama' kita asyek jawab perkara segini sampai mereka tidak ada masa untuk merangka fikiran urusan yang lebih besar. Soal besar? tidak kah ini juga soal besar?. Ya lah kalau ulama' kita duduk cari jawapan hal rezki, air sembahyang, batal sembahyang, batal puasa dan berbagai lagi soalan pendapat yang pening dan dangkal, mereka tidak boleh berfikir fasal konsep negara islam, soal perpaduan umat islam,soal  dan soal-soal yang lebih besar tergolong soal pembangunan negara dan ummah. Itu sebab boleh dikatakan semua negara islam mundur.

Jika ada ulama seperti mufti Perak Tan Sri Harussani bercakap fasal perpaduan umat islam ramai yang tingkah dia macam-macam pula. Bohong, tidak boleh campur hal politik, tidak perlu jadi orang tengah sampai kawan itu terjelir lidah menafikan bahawa dia tidak bohong dan ikhlas untuk melihat umat islam berpadu  macam mana?.

Haa.. itu sebab ulama kita duduk diam bersandar pangkal nyior sahaja. Mereka ambil pendekatan diam diri. Sebab kalau mereka bercakap ramai yang membantah. Satu-satu tanda tamadun umat islam itu akan runtuh bila  ahli-ahli poltik meminggirkan pendapat ulama'. Jadi dunia islam tidak terpandu oleh cahaya ilmu lagi. Mereka dikompas oleh nafsu dan keduniaan semata-mata.

Sebenarnya, tiada beza antara bulan puasa dengan bulan lain dalam kontek taburan rezki. Yang membezakannya adalah situasi satu bulan itu dengan bulan-bulan lain dalam setahun. Sebelas bulan kita makan siang, satu bulan kita hanya makan waktu malam. Bezanya soru  siang dengan soru waktu malam.

Kemudian memuncak sampai datang hari raya. Itulah yang membezakan bulan puasa dengan dengan bulan-bulan biasa. Ingat, bicara mengenai ibadat puasa bukan makan minum itu menjadi perkara pokok. Ia melibatkan secara total mengenai 'menahan diri'.

Lantaran itu,  kewajipan rukun islam itu telah membentuk gelagat dan cara berfikir umat islam khusus untuk satu bulan itu. Berbeza dengan bukan islam, dalam satu tahun itu tidak ada hari dan bulan yang yang berbeza mencorak kehidupan dan cara berfikir mereka.

wah...! nampaknya kena sambung lagi... nanti kawan kita yang selalu hayal baca lama-lama itu semakin menjadi pula angan-angannya. Pelik juga.. bila membaca sahaja TV dalam otak dia meraban kechanel lain. Macam ada satu lagi kawan saya itu. Dia lain pula sakitnya. Dia tidak boleh berucap lebih dari lima minit jika didalam majlis. Jika dia berucap panjang mula lah dia keluar cerita hayal. Dia berkawan dengan raja Jordan lah, dia berkawan dengan Obamalah...  macam-macam ada.  Sambung........

Saturday, 7 August 2010

BISNES - MUSIM CENDAWAN DATANG LAGI

Bahagian 2

Ramadhan datang lagi. Peniaga cendawan tumbuh lagi. Sebulan sebelum kedatangan Ramadhan, orang kita sibuk mencari lapang niaga.

Mengapa kita panggil peniaga cendawan?. Ini kerana mereka tumbuh melata hanya untuk satu bulan. Lepas itu lesap, tahun hadapan cambah lagi. Mereka cepat pupus, cepat hilang dan mudah tumbuh bila musim tiba.

Di Kuala Lumpur, Jalan Tengku Abdul Rahman terdapat 400 lot gerai kosong. 15,000 pemohon. Tidak seperti dahulu DBKL pilih,  runding dengan persatuan penjaja. Kali ini DBKL buat undi. 15,000 datang untuk gantung nasib pada 400 lot.  Adui... selerak, sesak, panas, berebut, tegang, lebih dari pilihan raya umum, apabila jumlah itu datang mengundi serentak.

Bandar-bandar kecil, masalah laman peniaga cendawan  yang disediakan oleh Majlis Bandaran kurang tegang. Biasanya semua dapat.

Hairan, mengapa bulan puasa sahaja?. Dari mana mereka ?. Sebahagian dari mereka adalah peniaga gerai, restoran pada bulan-bulan biasa. Bila bulan puasa kedai atau gerai mereka tutup. Jika mereka bercuti sebulan,  tunggu lepas raya alamat poket kosonglah. Kais pagi makan pagi. Yang lain?

Yang lain, sebahagian besarnya berpegang kepada falsafah dan cara berfikir orang melayu-islam bahawa bulan puasa adalah bulan terpilih dimana tuhan taburkan lebih rezki sepanjang bulan itu. Lagi ?.. sebahagian lagi mencari pendapatan tambahan untuk belanja raya.

Lagi?.. oh mereka ada bakat untuk berniaga kerana ada kebolehan buat makanan sedap dan ramai orang gemarkanya. Lagi? emm... ramai juga yang suka-suka. Suami makan gaji... dari jemu duduk dirumah lebih baik setahun sekali berniaga. Ada untung boleh  lepaskan wap, apa yang teringin tidak dapat suami belikan maka dia boleh beli.

Jika dibandar-bandar besar, sebahagiannya mencari jalan keluar untuk mengembangkan perniagaan mereka walau pun mereka ada kedai tetapi membuka cabang sementara ditempat yang menjadi tumpuan.

Yang geli hatinya, celaka pun ya juga, mereka yang mahukan tapak niaga untuk disewa kepada peniaga lain.
Senangnya yang jual terus. Jika tapak disekitar Jalan Masjid India, ada orang sanggup beli RM 15,000 keatas walaupun berniaga tidak sampai sebulan !.

Ada lagi yang kita tidak terimbas mengapa mereka jadi peniaga cendawan pada bulan puasa, tetapi yang diatas itu sudah cukup gambaran dari mana datangnya mereka.

Emm... oleh kerana orang kita jarang yang suka baca lama-lama, eluk saya sambung esuk cerita fasal ' cendawan bisnes' ini. Lagi pun kawan saya kata kalau baca lama-lama, dia mudah hayal kelain, berangan-angan nak kawin satu lagi... kah kah kah... kesitu pula merewangnya.

Thursday, 5 August 2010

KELEMAHAN KECIL BOLEH JADI PELANGGAN CEMUS DALAM BISNESS

Bahagian 1

Awas, jika berniaga apa sekali pun wang cucuran adalah sama penting dengan barang yang kita jual. Kita jangan biarkan pelanggan menunggu lama berdiri menunggu kita memulangkan lebihnya. Kita kena ingat bahawa pelanggan adalah raja dan kita adalah hamba dalam perniagaan.

Kadang-kadang sebagai manusia kita juga mempunyai perasaan, mood, serta harga diri. Kita juga ada rasa mual dengan gelagat pelanggan. Seribu satu macam pelanggan kita temui semasa berniaga. Yang paling tidak tahan adalah mereka yang sangat remeh, eksyen dan berlagak, bercakap besar seolah-olah duit mereka itu emas.

Tetapi demi mesra pelanggan kita terpaksa tutup kelemahan kita. Menutup kelemahan kita itu adalah satu kekuatan dalam apa jua bidang berkomunikasi. Kita nampak steady dan tidak menunjukan sebarang tanda bahawa kita marah atau bad mood.

Kita harus ingat bahawa wang lebih walaupun satu dua sen mesti dikembalikan kepada pelanggan. Walau pun kadang-kadang kita berurusan jual beli dengan orang kaya dan dermawan. Mereka tetap mengira sebanyak mana wang cucuran yang kita kena kembalikan. Sebab ini adalah prinsip seorang pembeli. Jika kita tidak cukup walau pun satu sen mengembalikan kepada mereka, mereka akan kata kita tidak jujur. Mereka terlalu berkira terhadap wang cucur. Bab mereka derma lain.

Jika kita tidak cukup kerana tiada wang kecil sejumlah yang patut pulang balik, contohnya 10 sen, kita kembalikan 20 sen. Kita rugi sedikit tidak mengapa kerana 10 sen itu membeli keyakinan mereka pada kita. Mereka rasa terhutang dari kita dan akan datang  mereka kembali lagi.

Jika mereka pula terkurang sedikit samada 10, 20 sen dari harga barang dan terkial-kial mencari wang kecil, cepat-cepat kita  berikan diskaun kepada mereka. Contohnya "tak apalah", " biarlah" " ok lah". Mereka akan seronok dengan kita. Dalam hati mereka kita sangat pemurah, bertolak ansur dan sedia berlebih kurang.

Jika mereka tidak cukup wang satu ringgit lagi misalnya, jika mereka adalah pelanggan kita kenali cepat-cepat kita kata "lain kalilah". Mereka akan besar hati dan mengikat mereka untuk datang lain kali. Jadi, setiap pelanggan kita pasang tali halus dengan berbagai cara samada diskaun, harga promosi, dan ada sekali sekali sekala kita kasi ekstra sebagai menghargai pelanggan tetap kita.

Kelemahan bangsa kita dalam perniagaan adalah menyediakan wang cucur. Atasi kelemahan kecil itu segera supaya kita terus berjaya dalam perniagaan. 

Friday, 7 May 2010

DEB VS MEB – RESULT ORIENTED

APA TUN DR. MAHATHIR BUAT LEBIH 23 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK EKONOMI BUMIPUTERA?.- melayurayadaily- Dato’ Azizan Yaakob.


Bila saya buka mulut mengajak bicara mengenai capaian DEB, dengan membuka tajuk seperti diatas sudah tentu Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa terus melompat dan berkeriau mengatakan saya kurang asam, tidak sopan dan tidak mengenang budi kerana mempertikaikan TDM. Mereka akan kata saya kecewa kerana TDM tidak calonkan saya sepenggal lagi tahun 1999. Kalau TDM calonkan saya pun Dato’ Sri Adnan akan pancas juga 2008 kerana orang lain sudah berbaris tunggu giliran untuk jadi calon BN setiap kali Pilihanraya.

Jika TDM letak saya calon Parlimen PRU 1999 itu, mungkin TDM tidak bersara lagi 2003 dan tentu BN tidak koyak teruk kerana Pak Lah tidak jadi PM. “Siapa kamu?” soal mereka. Mudah sahaja saya jawab, kadang kala sebiji batu kecil pengalas tiang tergolek, menyebabkan rumah jadi runtuh semua. Bukankah saya exco pemuda UMNO Malaysia zaman sebelum politik wang dahulu yang menyinsing lengan bila Anwar hentam Dr. M. Kemudian TDM anugerah satu sijil kepada saya kerana keberanian itu. Barangkali pemuda lain tidak dapat ijazah itu. Sijil itu diberi apabila TDM sedar bahawa dia terlepas pandang hingga saya tidak bertanding 1999. Apa pun kita jangan sesal kerana sedar atau tidak kita bergerak dalam rangka ketetapan Tuhan. Saya insaf.

Memang benar angin melayu akan meruap jika saya pasang topik seperti ini. Mereka akan menjerit menenyeh muka saya dan bertanya kepada saya “ Tak nampakkah apa yang TDM buat ?. Buta ke?. Lihat, itu KLCC, Putrajaya, Proton, Produa, KLIA, Litar Sepang, Cyberjaya, LRT, Mono Rel, Jambatan Pulau Pinang, Dunia siber, Lebuhraya PLUS, Bank Islam dan banyak lagi”. Mereka akan sumbat mulut saya dengan berus sabut dan tidak beri peluang kepada saya untuk bernafas jika sentuh TDM. Mereka tidak cuba mendengar dan meneliti apa yang saya ingin cetuskan. Baiklah, andai begitu saya tulis, saudara bacakan. Bila duduk dalam tenang mungkin benar apa yang saya terangkan. Jika salah pun sekurang kurangnya kita berjaya berfikir cara kritis.

Semalam saya lawati suara-halus dari blog-blog yang tersembunyi, diantaranya ‘blog Pantau’ yang ditulis oleh budak Setiu Terengganu, lulusan Doktor falsafah dari UUM yang melahirkan ramai pemikir yang tajam-tajam diMalaysia. Secara naratif seperti ucapan ahli parlimen poyo dia mendebatkan tentang DEB-MEB. Bagus juga Dr.Faudzi Musa itu mengupas ekonomi yang bertolak dari batu pijaknya pegangan bumiputera 7 % pada sebelum tahun 1970 hingga berlakunya krisis hitam Mei 13, 1969.( KLIK SINI ).

Meminggirkan Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Razak mempengerusikan MAGERAN, sebuah kerajaan Kudeta (rampasan tentera), langsung menjadi PM dan membentuk DEB tahun 1970. DEB menyasarkan 30% kontrol bumiputera disektor ekonomi dalam tempoh 20 tahun ( 1970 – 1990). Bila dihitung tahun 1990, pungutannya hanya 18%. Walaupun, tempohnya berakhir 1990 tetapi kerana golnya bolos, semangat DEB dilangsung hingga 2010. Aneh, keberhasilan masa tambahan 20 tahun orang Sabah bilang “tida guyang dan tatap” 18%. Walaupun DEB mengunyah masa 40 tahun merentasi lapan PELITA Malaysia.

Lima orang PM bermula dari Tun Razak, Tun Hussein, Tun Dr.Mahathir, Tun Abdullah hingga permulaan PM Najib jika dikira dari sebelum DEB 1970 hanya 7 %, sampai 2010 hanya mencapai 18%. Ini bermakna tempoh 1970 hingga 2010, 40 tahun, lima orang PM hanya menggondol 11% ( 18% - 7%).

Dari jumlah 40 tahun DEB, TDM berkuasa 23 tahun. Empat PM lain memerintah 17 tahun. Dengan purata mudah PM lain itu hanya pegang kuasa hanya 4 tahun 3 bulan seorang. Jika dikira secara purata pertumbuhan setiap tahun selama 40 tahun pemilikan bumiputera hanya cambah 0.275 % setahun x 40 tahun = 11%. TDM, 23 tahun x 0.275% = 6.325%. Empat orang PM lain puratanya 4.675%. Itu sebab saya cakap tadi TDM buat apa 23 tahun jika sekadar capai 6.325%. Salahkah saya bertanya?.

Mengukur kejayaan TDM itu 6.325% selama 23 tahun, bermakna DEB boleh sampai sasarnya perlukan masa 115 tahun.. Jika tidak percaya silakan ambil calculator. Dengan mengandaikan TDM didik 1% setahun, 23 tahun 23%. Jika ditotal dengan 7% sebelum DEB, sudah 30 %. Bukan kah penuh tempayan?. Saya ambil TDM sebagai refference purata kerana dia memerintah 23 tahun. Tun Razak, Tun Hussein, masa mereka tidak panjang dan mereka mengalami masalah kesihatan. Tun Abdullah singkat juga, kerana ada menantu kurang sihat, dan masa tidur setengah, sudah tentu tidak banyak titipannya.

Sengaja saya lontarkan sifir maggi ini supaya PM Najib mempunyai kompas kerjayanya dalam mengucai MEB mesti bermula dari 18%. Jika diakhir hayat KePresidennannya mencapai 25% maka PM Najib berjaya kutip 7%, jika jaring 15% sudah extra 3% ( 33%). Begitulah pulangbaliknya.

Lo jika begini gayanya, Perkasa dan himpunan NGO melayu hatta UMNO tidak perlulah risau dan memekik lagi. Kita jadi otak bangsa ‘result oriented’. Saya percaya inilah yang tersirat dalam visi PM Najib “ pencapaian diutamakan”. Slogan politik kenegaraan yang merangkumi sosial, agama, budaya, pendidikan, dan peranan pemimpin serta pegawai awam adalah “ Rakyat didahulukan”. Pencapaian diutamakan adalah soal bisnes dan bagian ekonomi antara kaum supaya setara adalah substance.

Apa yang kita igaukan adalah perubahan angka dalam pelang ekonomi. Jenama dasar samada DEB atau MEB dan lain-lain , tidak penting. Siapa yang rumus polisi ekonomi, samada APCO ke, Yahudi ke, Nasrani ke, Barat ke, Timur ke atau Cina serta India ke, juga kurang perduli. Yang maha penting bagi kita adalah hasil lonjak dari 18% kek bumiputera. Buat apa kita semua bangga penggubal polisi 100% melayu hasil tambahnya ciput seperti yang sudah –sudah. Jika tepung roti tidak naik, baru kita baling batu pengadunnya.

Sekiranya, dalam jangka tertentu angka tidak nampak keluk meroket, baru kita bising bertanya “WHY-WHY-WHY”. Jika kita jolok sekarang dan sibuk menyoal terbuka, apa yang tersirat jadi tersurat. Ingat, Art of War- Sun Tzu pesan “setiap yang berbentuk boleh dihalang”. Jika kita biarkan tempuh matang, PM Najib selaku CEO Malaysia gagal melunas prestasi, apa yang dituntut tidak kecapaian, dia sendiri pun tahu langkah mana dia akan pilih. Syonara!. Lantaran itu saya menyeru kita mengalih bayang gelagat nenek moyang kita dari pelatah atau penghomis kepada pemikir seperti rakyat rantau maju “Result Oriented”. Fikirlah.

Tuesday, 20 April 2010

BIZ-BIOBIZ – J.CO DONUTS MODEL USAHAWAN BERFIKIR SECARA HOLISTIK POTENSI MENGUASAI ASIA – MELAYURAYADAILY- Dato’ Azizan Yaakob.


Johny Andrean ( JA ) seorang peminat burung merak (peacock) yang dipercayai oleh sebilangan masyarakat yang mendiami beribu-ribu buah pulau di Indonesia sebagai pembawa kemujuran (luckies bird). Lebih taksub lagi burung itu dipercayai pembawa nasib yang baik dalam kehidupan.

Pada asalnya JA adalah seorang pengusaha 200 cabang salon diseluruh Indonesia dan Singapura. Bermula di Kelapa Gading Mall , Jakarta mach 2003, J.Co ditubuh secara rasmi pada 26 Julai 2005 memilih ‘Merak ‘ sebagai lambang visi koperatnya.

JA adalah penggemar donut. Dari salon terfikir untuk mengembangkan perniagaan bidang permakanan langsung membeli sebuah francais ‘Bread Talk’ di Singapura sebagai batu pijaknya.

Berpangkal dari Bread Talk timbul ilham JA untuk menjadikan donut makanan gaya hidup baru masyarakat Nusantara. Lantas J.Co mendefinisikan semula perniagaan donut. Berdasarkan surveynya di Indonesia, Singapura dan Eropah satu penemuan baru oleh J.Co bahawa rata-rata pemasar donut tidak dipekejkan dengan minuman yang enak.

J.Co mendekati falsafah pengurusan pemasaran menerusi konsep pengeluaran, konsep produk, konsep jualan, konsep pasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan kerana berdasarkan kajian rentasnya pemasar donut yang sedia ada bersifat ‘marketing myopia’ atau pandangan sempit dalam perniagaan. Contohnya, penjual donut tidak menimbang faktor-faktor lain boleh menghambat citra sosial. Lantaran itu J.Co memperkenalkan ‘donut lestari disarikan dengan minuman yang enak’. Berasaskan pemikiran itu, J.Co mengenalpasti keperluan dan citra pelanggan lebih cekap dan berkesan dibandingkan dengan pesaing.

Konsep pemasaran kemasyarakatan pula J.Co menjual idea bertapa pentinghnya hubungan jangka panjang J.Co dengan pelanggan. Penyakit Diabetes dan dan darah tinggi semakin meningkat. J.Co memperkenalkan donut kurang manis ( gula ). Rupanya konsep ini memenuhi citra masyarakat zaman celik kesihatan.

Donut bukan ciptaan baru sebaliknya inovasi nilai, bermakna mengubahsuai, mendefinisi semula skop perniagaan, pasaran produk dan servis bagi barangan yang sudah melambak dipasaran. Dengan kreativiti dan dayafikir menambah nilai dari produk lama kepada gaya baru seolah-olah satu ciptaan produk baru, itu dikatakan sebagai inovasi nilai.

W.C.Kim & Renee(2006) Strategi Laut Biru, mengatakan inovasi nilai itu “ hal yang secara konsisten membedakan pemenang dari pencundang dalam mencipta samudra biru. Samudra biru adalah pendekatan mereka atas strategi….. Inovasi nilai merupakan batu pijak dari samudra biru. Kami menyebut inovasi nilai kerana alih-alih berfokus pada memenangi kompetisi…... dengan demikian anda sekaligus membuka ruang pasar baru tanpa pesaing”.

J.Co mengadakan perubahan menarik seperti sistem dapur yang telus , pilihan dekorasi, internal design warna oren, adaptasi budaya zaman imformasi dengan kemudahan internet dan tempat duduk alaf baru. Donut digenapkan dengan blended coffee roasted langsung dari Itali dan Costa Rica diadun dengan local coffee. Coklat terbaik dari Belgium manakala susu dari Selanda Baru. Pilihan lain Thai tea, kapucino, kopi coklat dan mochabella.

Donut pula memancing citra serta ingin tahu pelanggan dengan lebih 19 varian rasa, warna-warni, berbagai bentuk dan susunan berantai yang menghairahkan untuk mencuba semua kalau muat sekali gus. Al Cappon, Cheesme up, Glaze juara popular. Nama-nama donut kurang sambutan tergusur kepinggir setiap bulan.

Menyerap falsafah Kotler, J.Co memilih konsep pasaran bersasar disamping pekej ‘donut sedap - minuman enak’. Pilihan tempat ekslusif dimedan arus perdana kota kosmopolitan khusunya digedung-gedung di 30 kotaraya di Indonesia, beberapa lokasi ternama di Singapura dan di Kuala Lumpur gedung elit KLCC, Pavalion dan Mid Valley. Kumpulan sasarnya adalah masyarakat ada kelas dalam stratifikasi sosial. Manakala Dunkin Donuts pula melepak di R& R lebuh raya, terminal bas, premis perniagaan biasa. J. Co memonopoli pasaran elit berkembang tanpa pesaing.

Mengimbas kembali tentang inovasi J.Co dapatlah kita memahami bahawa inovasi bukanlah mencipta produk baru. Sebaliknya mengubahsuai barangan sedia ada. Nah, jika begitu, banyaklah kesilapan kita mentafsir inovasi itu sebagai penciptaan baru semata-mata. Dalam konteks globalisasi kini adalah kurang tepat kita menumpukan pada ciptaan baru dalam keadaan ‘semua sudah ada’ melainkan kita mengubah ‘apa yang ada’. Namun demikian,strategi inovasi terhadap sumber kekayaan bahan-bahan yang ada dalam negara seperti minyak sawit,getah, kayu kayan serta sumber mineral diteruskan.

Negara-negara maju melebelkan China, Taiwan, Thailand dan Malaysia sebagai negara penciplak utama dunia. Kecekapan Taiwan meniru, dalam tempoh satu jam sahaja barang berjenama di Itali berada dipasaran sudah diciplak. Contohnya barangan jenama Christian dior, testoni dll. Sebiji sama. Kecekapan China, terutama dalam menciplak segera alat-alat telekomunikasi dan computer seperti nama Nokia, accer, terbaru Iphone dll. Kecekapan Thailand meniru jenama pakaian seperti Christian dior tetapi ditukar nama Christian Bior, adidas ditukar addidas dll.

Kecekapan Malaysia tidak meniru sebaliknya pengimpot barang tiruan dan memasarkannya secara meluas malah mengekspot semula kenagara mundur. Mangsa makan mangsa. Inovasi juga, tapi kelas kedua. Cetak rompak empat negara ini menghilangkan semangat negara-negara maju berkarya dan usaha inovasi mereka. Apa tidaknya, kos penyelidikan adalah tinggi dan memakan masa bertahun. Apabila siap untuk memasuki pasaran, peniru sudah berlegar. Mereka lebih pantas dari peragut dibandaraya kuala Lumpur.

J.Co Donut adalah contoh terdekat bertapa hebatnya inovasi. Burung merak bukanlah membawa J.Co berjaya tetapi usaha dan fikirannya.Tempuh lima tahun pertumbuhan perniagaan mendewasakan Johny Andrean. Sebagai usahawan beliau tidak memilih teknologi tinggi untuk mencipta kejayaan . JA adalah ikon kepada usahawan yang berjiwa besar melalui konsep ‘inovasi nilai’ sama-samalah kita teladani dan fikirkan.

Tuesday, 6 April 2010

RESOLUSI FREESEX SEBAGAI SATU BUDAYA DILULUSKAN DIMALAYSIA

RESOLUSI FREESEX SEBAGAI SATU BUDAYA DILULUSKAN DIMALAYSIA- Dato’ Azizan Yaakob - melayurayadaily


Keputusan pemilihan Perhimpunan Agung MCA memberikan kesan yang mendalam kepada pemikiran kita terhadap sistem nilai dan falsafah hidup masyarakat cina. Kita tidak boleh berfikir dalam kotak melayu-Islam lagi apabila menilai budaya orang cina.

Budaya adalah kata dasar dari ‘kebudayaan’( culture). Culture adalah perkataan Inggeris berasal dari perkataan latin ‘cultura’ . yang bermaksud budi dan daya. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan, bikinan (Asmad, 1990). Dalam bahasa Jerman kultur, thaqafah (Arab), wen hwa( Mandrin).

Radcliff –Brown, A.R (1952). Struktur and Function in primitive society – kebudayaan sebagai ‘satu proses yang diperolehi oleh seseorang melalui hubungannya dengan orang lain atau benda-benda seperti buku, karya seni, pengetahuan, kemahiran, idea, kepercayaan, rasa dan sentimen’.

Manakala Drs. Sidi Gazalba (1983)., Islam dan Perubahan Sosiobudaya- mengatakan ‘kebudayaan adalah cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat’.

Budaya adalah cara hidup ( way of life) yang meliputi semua aspek kehidupan dari A hingga Z daripada janin, lahir hingga kemati. Lantaran itu, kita telah menerima kesemua bentuk budaya cina selagi terkesan oleh radar kita. Hanya kita masih tidak percaya dan menerima apa yang dikatakan freesex dikalangan masyarakat itu secara terbuka apa lagi dipapar di skrin, publik boleh menontonnya dan berbicara tentang anu… kita , aksi kita itu dan ini.

Keputusan pemilihan Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA membawa kefahaman sebenar kepada kita bahawa freesex adalah budaya yang halal dan tidak mendatangkan kesan moral kepada masyarakat cina. Sebelum ini, kita hanya tahu dan saling memahami bahawa minum arak, judi, pelacuran dan sebagainya bukan halangan moral kepada mereka.

Keputusan majoriti kepimpinan MCA itu sudah pasti mengubah lanskap sosio- budaya bukan sahaja masyarakat cina malah menyerap kedalam masyarakat majmuk Malaysia tanpa menoleh kebelakang lagi. Paling mudah terjangkit virus itu adalah orang melayu.

Dinding kongkrit budaya melayu-islam telah lama ruyup dan kita boleh meramal bahawa pengaruh kemajmukan, libralisasi melayu- Islam semakin berkembang berdasarkan beberapa indeks gejala sosial dinegara ini. Judi, arak, pelacuran dan berbagai lagi bukan budaya tradisi pribumi, direka secara inovasi dalam berbagai bentuk moden adalah pakej sebuah kemerdekaan yang ditinggalkan oleh penjajahan Barat terus mengalir memasinkan fizikal dan spiritual melayu-Islam Negara ini.

Influenza A - HiNi sejenis virus babi adalah satu signal kepada kita sesuatu lebih dahsyat berlaku pada masa hadapan impak dari budaya makan masyarakat lain yang kita terpaksa hadham atas nama kemajmukan, Statik yang menunjukan orang melayu paling ramai menjadi mangsa virus itu walau pun kesihatan merupakan masalah kemanusian tanpa sempadan.

Gejala pembuangan bayi baru lahir merempuh pemikiran kita mendadak dalam satu masa menjadi trend masa hadapan. Sebenarnya kita agak malu mengakui bahawa freesex telah lama mengakari masyarakat kita kerana ada pembawa yang tegar dikiri kanan kita dinegara ini dimana kita tidak bermaya menolaknya.

Jika dahulu kita merumuskan bahawa budaya kuning diimpot dari barat kerana sentiment benci kepada barat ternyata teori itu meleset sama sekali. Sebenarnya, budaya merah, kuning dan berbagai warna lagi telah tersemai sejak belum merdeka lagi dan berkembang pesat sejajar dengan peningkatan kependudukan negara ini.

Sesetengah pihak pasti melenting jika ada yang nakal mengatakan bahawa gagasan perpaduan faktor semakin cepat budaya tidak bermoral bagi melayu Islam berkembang. Namun demikian, keutamaan kita sebagai sebuah Negara bangsa perpaduan wajar diperkukuhkan walaupun ia merupakan isu pembangunan bersama keruntuhan.

Atas nama kepesatan pembangunan dan menyediakan manusia-ekonomi, pengajian tentang pembangunan manusia atau sains kemaysrakatan diIPT sudah lama disempitkan ruangnya membunuh ikon pembangunan manusia. Pengkritik sosial telah hampir pupus sehingga suatu masa lampau Dewan Bahasa hampir gulung tikar. Sejarah Negara-negara maju pembangunan manusia dikembangkan bersama pembangunan Industri dan kita tidak mengambil ikhtibar darinya.

Dengan itu bersedialah bangsa melayu sebagai bangsa besar sedang menuju perubahan aliran libralisasi dalam masa yang singkat sejajar dengan perkembang dunia globalisasi। Paling seronok Nik Ajek juga dah menerima suaheboh TV3 diKelantan dan secara bahasa badan Nik Ajek buat fatua Suaheboh halal, muzik dan artis halal, libralisasi halal dimana dulu semuanya haram, toghut, syaitan dan kafir. Lim Kit Siang senyum dakwahnya menjadi. Wah Tok Gulu sudah mali, Pak Gulu sudah libral, sekarang adik- abang. Malaysian-Malaysia.Fikirlah…




KADANGKALA PEMIMPIN TIDAK BEGITU RELEVEN


KADANGKALA PEMIMPIN TIDAK BEGITU RELEVEN – Dato' Azizan Yaakob – http://melayurayadaily.blogspot.com/


Isu kontemporari dalam kepimpinan diabad ke-21 terdapat kajian yang menunjukan bahawa dalam sesetengah situasi sebarang gelagat yang dipamerkan oleh pemimpin adalah tidak releven. Disebaliknya, sesetengah individu, kumpulan, pengikut, tugas dan angkubah pengorganisasian boleh bertindak sebagai penggantian kepada kepimpinan


Situasi itu bergerak kehadapan tanpa memerlukan pengaruh seseorang pemimpin. Beberapa faktor yang mendasari situasi ini। antaranya ciri pengikut seperti pengalaman, latihan, orientasi professional, keazaman dan keperluan kepada kebebasan boleh mengurangkan kebergantungan kepada pemimpin.

Apabila pemimpin mempamerkan berbagai gelagat selfish, self indulgent, self determination serta penonjolan ciri pada amalannya, ia bertukar menjadi persepsi, langsung terposisi dalam kotak pemikiran umum secara senyap menjadikan seseorang pemimpin itu tidak releven.

Kesamaran visi, polisi, matlamat serta halatuju kepimpinan seperti kapal ditengah lautan tiada berkompas juga menjadikan kepimpinan tidak releven। Terlalu abstrak dengan teoritis, retorik dan tidak berpijak atas realiti pengikut yang dipimpin malah kadangkala posisi pemimpin yang terlalu jauh puluhan, ratusan kilometer kehadapan hingga tidak dapat ditapak oleh pengikut terbanyak lantas mereka mengambil sikap tidak perduli dan memasang haluan sendiri.

Seterusnya, ada batas keterbukaan menegur pemimpin terutama dalam hal-hal yang mengerumuni peribadi pemimpin, menyentuh sensitiviti yang dijelaki oleh masyarakat। Pada tahap cacing naik kemata, masyarakat meletakan pemimpin kepinggiran, kemudian mereka hidup mandiri dengan seadanya, berubah secara evolusi tanpa idea kepimpinan। Rumusnya, ia membangun sendirian tanpa ada pihak lain merancang.

Namun demikian, jika sesebuah organisasi mempunyai ciri-ciri seperti matlamat yang jelas, prosedur, peraturan dan disiplin yang ketat serta mempunyai kumpulan kerja yang berkerjasama erat, boleh menggantikan kepimpinan formal.

Kepimpinan merupakan seseorang yang mempengaruhi orang lain supaya bersetuju dengan rela hati bertindak bagi mencapai objektif yang disasarkan। Mendekati model laluan matlamat, pemimpin berkesan akan memperjelaskan serta memudahkan perjalanan atau hala tuju bagi pengikutnya menjalankan sesuatu kerja untuk mencapai objektif dari A hingga Z tanpa rintangan dan halangan.

Steven R. Covey mengatakan bahawa model bagi kepimpinan yang berasaskan ketua terbahagi kepada tiga peranan utama atau fungsi penting iaitu pencarian laluan, penjajaran dan pembahagian kuasa.


Pencarian laluan boleh diperolehi dalam pembentukan visi dan misi॥ Budaya menjadi menarik hasil dari tujuan yang hebat dan unggul bagi memenuhi kehendak masyarakat (pelanggan) dan pihak yang berkepentingan। Lantas digabungkan antara sistem nilai dan visi bersama-sama dengan citarasa pelanggan serta puak berkepentingan melalui rancangan strategik. Ia juga boleh dipanggil laluan strategik.

Kedua, penjajaran melibatkan pemimpin mempastikan struktur organisasi, sistem dan proses-proses operasi menyumbang kearah pencapaian visi dan misi bagi memenuhi kehendak masyarakat dan mereka yang berkepentingan. Pemimpin tidak mengganggu, tidak menjadi pesaing dan tidak mendominasikan aktiviti-aktiviti tersebut sebaliknya tujuan utama pemimpin adalah sebagai penyumbang. Penjajaran berlaku apabila para pekerja, pembantu dan penyokong sejajar dengan visi dan misi serta strategi pemimpin. Mereka memahami kehendak, berkongsi iltizam yang kuat bagi mencapai visi tersebut.

Selanjutnya adalah pengagihan kuasa। Manusia, para pekerja, pembantu atau penyokong mempunyai bakat besar, kepintaran dan kreativiti. Kebanyakannya ciri-ciri sifat ini berada dalam suasana tidak aktif dan tidak disimulasikan. Pemimpin berganding dengan mereka untuk diseragamkan bersama visi dan misi setelah mendapat penjajaran. Tujuan dan misi individu digabungkan bersama atau diserapkan kedalam misi organisasi. Apabila tujuan-tujuan ini bertindih antara satu dengan lain menuju satu arah yang ditetapkan oleh pemimpin maka wujudlah sinergi.

Semangat yang melonjak dalam diri para pekerja, pembantu dan penyokong akan mempamerkan bakat, kepintaran dan kreativiti bersedia melakukan apa sahaja dengan prinsip dan nilai bersama dalam memberi khidmat kepada pelanggan, masyarakat dan puak yang berkepentingan. Nah.. pada saat itu pemimpin hanya menilai maklum balas, membuat pembetulan serta meningkatkan perkhidmatan bagi mencapai misinya.

Kehendak dan kepuasan masyarakat tidak terbatas. Bagaimanapun, mereka dapat menetapkan kadar keperluan kepuasan mereka dari khidmat seorang pemimpin. Kebijaksanaan mengukur kepuasan diri masyarakat tidak boleh diperkecilkan. Paling menakjubkan masyarakat mempunyai kepintaran emosional dapat mengukur bahawa seseorang pemimpin itu ada keterbatasan upaya dalam memenuhi citarasa semua orang.

Dikala masyarakat sedang membicarakan konsep keberkesanan kepimpinan terpacul, model aktor pimpinan meletakan diri lebih penting dari segala-galanya malah melebihi tuhannya। Malanglah bagi sesebuah masyarakat apabila ada seorang pemimpin menggunakan apa juga kaedah kepimpinan, para pekerja, penyokong, masyarakat dan pihak berkepentingan untuk mencapai matlamatnya.

Lima bentuk kuasa sama ada berbentuk kuasa sah, kuasa paksaan, kuasa ganjaran, kuasa pakar dan kuasa rujukan sewajarnya ditangani untuk mencapai matlamat organisasi dan masyarakat umum, sebaliknya dieksploitasi untuk menjaring gol peribadi. Peraturan, akhlak, moral, etika malah ketuhanan diketepikan terus asalkan apa yang dikejarnya tergarap.

Mereka percaya pada diri bahawa sebarang gelagat mereka sangat sulit dari pemerhatian umum atau sengaja membuat bebal. Peduli apa?. Situasi ini membawa seseorang pemimpin tidak lagi releven. Fikirlah…

Tuesday, 30 March 2010

PEMIKIRAN KRITIS – SATU MESEJ BERKEYAKINAN, KEKUATAN, KEBERANIAN, MAMPU BERSAING DAN MEMPUNYAI KEBIJAKSANAAN.  Melayuraya daily- Dato'  Azizan Yaakob.


Berfikiran kritis adalah proses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorak alam sekelilingnya.

Kritis berasal dari perkataan Inggeris 'Critic'. Kritis adalah kata dasar dari perkataan Greek 'kriths' (kritikos) ertinya menimbang (judge). Menimbang maksudnya menilai, membanding, membeza, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah. Kritis bukan kritik dalam pengertian biasa bersifat negatif seperti kritikan, hentam, kecam, komen atau bangkang.

Pemikiran kritis dapat membantu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara berfikir seseorang atau pada idea-idea atau cadangan yang dikemukakan. Ia dapat membantu untuk memperbaiki kesilapan atau kelemahan  idea seseorang itu samada boleh diterima atau ditolak disebabkan tidak jelas, kabur dan tidak cukup maklumat.

Pemikiran Kritis bersifat terbuka menerima sesuatu idea atau pendapat dan  berupaya mempertimbangkan idea-idea itu semula dengan menganalisa setiap sudut dan aspek. Pemikiran kritis juga turut mencernakan beberapa idea dan konsep baru yang lebih sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya.

Kritis adalah kebolehan untuk membantu dan memperbaiki idea-idea individu lain supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea-idea itu tidak benar atau tidak ada kepastian samada hendak diterima atau tidak, disebabkan tidak cukup maklumat untuk menerima atau menolak. Kritis memerlukan kemahiran tertentu seperti kebolehan untuk mendengar, membaca fikiran, menilai hujah-hujah, merenung dan mencari andaian-andaian yang tersirat.

Salmon,M.A (1996).Introduction to logic and critical thinking  mengatakan bahawa "kiritis adalah keupayaan untuk menganalisa apa yang diperkatakan, menilai dengan teliti, mencari bukti tentang sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat, mengelak dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal perkara-perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan berdasarkan kepada maklumat yang ada"

Wak Salmon, lagi menyambung "kritis memberi perhatian khusus tentang apa yang kita dengar dan baca supaya kita dapat memahami dan memberi maklum balas yang sewajarnya. Kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan komunikasi itu berlaku dalam berbagai cara. Kita melahirkan perasaan seperti suka, duka, marah dan harapan dalam bahasa. Begitu juga kita menyampaikan maklumat, seterusnya kita membuat persolanan, membuat permohonan dan mengeluarkan arahan. Kita perlu pastikan ada bukti bahawa semua maklumat yang disampaikan melalui komunikasi adalah betul". Kritis bertujuan merenung dengan mendalam berbagai isu untuk mencari kefahaman-kefahaman baru. Kritis dapat menentukan samada sesuatu kenyataan itu betul atau salah. Menilai mutu penghujahan yang digunakan untuk menyokong kesimpulan yang dibuat, Mentafsir  idea-idea yang kompleks, Kitikian yang masuk akal atau tidak, bagi memperteguhkan lagi idea tersebut. Kritis bersifat terbuka dan tidak rigid.

Kritis adalah satu bentuk berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri ( thinking for oneself). Seseorang harus memikirkan sesuatu isu atau masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pemikran orang lain. Kritis membawa kita berfikir sendiri lebih bersistem, berkompas serta konsisten  dalam membuat keputusan. Keputusan berdasarkan fikiran sendiri merujuk kepada maklumat yang lengkap. Apa yang kita fikirkan menjadi keputusan. Kita menerima hakikat keputusan itu dan menanggung risikonya.

Fikiran yang dikawal oleh prasangka, kurang maklumat atau emosi cenderung membuat keputusan tergopoh gapah, terburu-buru bukanlah pamiran satu pemikiran yang kritis. Lebih malang bila mengemukakan jawapan mudah pada hal-hal yang sukar dan kompleks. Pemikiran yang tidak kritis juga mudah keliru antara kebenaran, realiti dan idealisma. Seseorang yang kritis juga boleh mengukur risikonya.

Asas pemikiran kritis adalah logik. Logik dan kritis adalah sains teoritis. Logik dan kritis berpaut seperti tebing dengan sungai. Kirtis bersandar terus pada logik. Mendalami  kritis perlu menguasai ilmu logik. Semua hal yang ada kaitan dengan pemikiran kritis,  logik menjadi terasnya. Logik adalah pancang menentukan sempadan pemikiran kita itu benar atau salah.

Kritis adalah satu bentuk kemahiran membuat penilaian berkenaan sesuatu data atau maklumat meliputi membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenalpasti sebab-akibat. Pemikiran kritis mampu menganalisa sesuatu hujah itu kuat atau lemah. Teori yang kuat dipakai yang lemah disangkal. Sudah tentu, seseorang yang berfikiran kritis cekap menganalisa sesuatu hujah yang lemah samada pengucapan atau penulisan. Seseorang yang benar-benar kritis dapat membaca standard pemikiran orang lain melalui beberapa baris pengucapannya.
Sifat seorang yang kritis pada awal komunikasinya dengan orang lain banyak bertanya bagi mengesan pemikiran seseorang itu.

Kritis membentuk style, personaliti dan keterampilan seseorang dalam semua zaman. Bagaimanapun setiap zaman mempunyai gaya pemikiran kritis yang berbeza berdasarkan persekitaran kehidupan. Kritis zaman batu tidak sama dengan kritis zaman masyarakat pertanian dan kritis zaman masyarakat pertanian tidak sama dengan zaman perindustrian. Kita sekarang berada dizaman informasi yang menyeru kepada dunia tunggal. Apakah kita sudah memasang pemikiran kritis dunia tunggal ? jika tidak, kita terus melangkah kehadapan, alih-alih kita menyedari rupanya berada  dibelakang.